Institusi Polis semakin bercelaru
Oleh: hajilebai
"Apa sudah jadi dengan negara kita Malaysia ini agaknya. Undang-undang semakin bercelaru dan berkecamuk.
Barang sesiapa mahu selamat hidup di Malaysia maka mereka perlu menjadi ahli UMNO BN atau setidaknya menjadi penyokong pakatan karat itu. Jika tidak mereka sudah pasti akan berhadapan dengan berbagai tindakan drastik sekiranya melakukan apa jua kesalahan.
Inilah yang berlaku kepada pemimpin dan juga mana-mana rakyat yang menyokong parti pembangkang di negara ini. Menyokong pembangkang (Pakatan Rakyat) sudah dianggap sebagai satu kesalahan besar dalam negara kita.
Malah, berbagai akta digunakan untuk menghalang rakyat menyokong parti pembangkang dan kembali bertopengkan UMNO Barisan Nasional. Rakyat akan dianggap serta dilabelkan seperti penjenayah hanya kerana memakai lambang yang berbeza dengan kerajaan yang ada.
Atas nama demokrasi, apakah ini namanya corak pemerintahan yang diagung-agungkan sangat itu. Jika rakyat marhaen dihenyak dengan berbagai peraturan dan hukuman, apatah lagi bagi pemimpin yang berjuang untuk mereka.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada ramai pemimpin Pakatan Rakyar hari ini, yang senantiasa ditekan dengan berbagai tindakan yang tidak sepatutnya. Malah, mereka akan berhadapan dengan berbagai musibah akibat semangat perjuangan tinggi yang gagal dipatahkan oleh kerajaan.
Mereka mahu, pemimpin yang mudah untuk dijual beli dan diperdagangkan supaya senang mereka mencatur masa depan. Lantaran itulah, puak-puak ini akan mengangkat mana-mana pemimpin pembangkang yang sanggup menjilat kembali ludah mereka dan menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika mereka enggan, maka sudah pasti berbagai helah dan strategi diatur untuk mematikan riwayat politik pemimpin itu. Tidak cukup dengan pihak polis, mahkamah juga dijadikan alat pemuas nafsu mereka sejak dulu, kini dan selamanya.
Laporan Polis Terhadap Anwar Di Siasat Segera
Akhirnya, rakyat yang bijak berfikir dan tidak rela bersekongkol dengan pemimpin serta kerajaan khianat seperti itu terpaksa memberontak dalam apa jua cara sekali pun. Inilah yang menakutkan mereka kerana rakyat yang sanggup menumpahkan darah hingga titisan darah yang terakhir akibat membela rakyat dianggap sebagai satu bebanan buat mereka. Maka itulah, berbagai tindakan yang menyalahi akta dan undang-undang terpaksa dilaksanakan.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu salah seorang pemimpin rakyat yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang ini. Anwar menjadi mimpi ngeri buat ramai pemimpin UMNO sekarang ini, tambahan pula mantan TPM itu kini bergelar Ketua Pembangkang di parlimen pula.
Tidak cukup dengan isu konspirasi liwat II untuk menghalang kemaraan Anwar, kini agenda "16 September" pula dijadikan "batu loncatan" untuk mendakwa Anwar. Malah, kenyataan "petualang rakyat" Zahrain Hashim di parlimen yang nyata diskripkan mereka itu mahu dijadikan sebagai alasan munasabah bagi menahan Anwar.
Akhirnya pihak polis umumkan akan membuat siasatan terhadap Anwar berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain itu. Soalnya sekarang, bagaimana jika tohmahan Zahrain itu adalah omongan kosong dan sengaja diada-adakan akibat mengharapkan habuan seterusnya daripada UMNO?. Maka, banyak laporan polis dibuat oleh puak-puak UMNO terhadap Anwar. Terbaru hari ini, Pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis berhubung pendedahan Zahrain itu. Laporan polis itu telah dibuat oleh Ketua mereka iaitu Suhaimi Mohd Ghazali kira-kira jam 9.50 pagi tadi.
Laporan Polis Terhadap Najib Razak Di Biarkan
Soalnya sekarang, kenapa pihak polis begitu berselera untuk menyiasat laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri?. Masihkah kita ingat berbakul-bakul laporan polis dibuat terhadap pemimpin UMNO sebelum ini yang dibuat oleh rakyat, tetapi kenapa hingga ke hari ini masih gagal disiasat malah diambil tindakan?.
Laporan polis di buat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap Perdana Menteri Najib Razak berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dalam kes Altantunya, kenapa hingga ke hari tidak diumumkan untuk siasatan?. Kenapa bila Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap Anwar maka begitu "Cekap, Adil Dan Telus" polis melakukan tindakan. Kenapa ini berlaku, sedangkan kesalahan dan laporannya tetap sama dan mereka berdua adalah rakyat Malaysia yang kononnya mengamalkan dasar pentadibiran demokrasi. Jika inilah senario yang berlaku, maka Malaysia sudah menjadi "negara polis" dan bukan demokrasi lagi tetapi "kuku besi".
Pasukan polis takut untuk menyiasat mana-mana pemimpin UMNO yang melakukan kesalahan termasuk jenayah, kerana mereka gusar dikenakan tindakan termasuk pemecatan. Ini bermakna pihak polis bukan bekerja untuk rakyat dan kerana Allah sepetri yang diusung dikepala mereka sejak sekian lama itu. Mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT yang mencipta mereka. Balasan akhirat yang dijanjikan itu, langsung tidak ditakuti. Malah mereka sanggup melakukan "sumpah taat setia" kepada manusia, biarpun tahu ia adalah satu kezaliman atau tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan. Jika ini berterusan, maka sudah pasti rakyat akan terus membenci institusi kepolisian itu sendiri akhirnya.
[Apapun yang terjadi, rakyat melihat peristiwa yang terjadi di parlimen tentang pendedahan "16 September" oleh Zahrain Hashim itu sememangnya satu strategi UMNO untuk memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka dapat menghidu bahawa "kes liwat II" yang dimain-mainkan itu bakal menemui jalan buntu setelah ia gagal meyakinkan masyarakat antarabangsa. Maka itulah, jalan terbaik ialah mencari alasan lain pula untuk mendakwa mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat sudah tidak yakin lagi dengan berbagai tuduhan yang sengaja dilemparkan oleh puak-puak UMNO dalam usaha mereka ingin mencemar dan menjatuhkan nama baik Anwar. Rakyat harus bijak menilai segala apa yang berlaku ini dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Yakinlah, kebenaran Islam dan keadilan pasti akan tertegak jua akhirnya]."
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment