Polis Bantuan MBPJ: Hishammuddin Sanggah Keputusan Musa
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 23 Mac - Perselisihan faham antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semakin jelas apabila menteri membuat penafian menolak permohonan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menubuhkan Polis Bantuan seramai 50 anggota.
Suara Keadilan sebelum ini melaporkan MBPJ telah memperuntukan RM4.2 juta untuk tujuan tersebut tetapi telah ditolak oleh Musa.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara secara bertulis pada 17 Mac kepada MBPJ mengatakan kelulusan tidak dapat diberi dengan alasan akan wujud pertindihan kuasa antara polis dengan pasukan yang akan ditubuhkan nanti.
Hishammudin hari ini menegaskan pihak KDN tidak pernah menolak permohonan dari mana-mana pihak termasuk syarikat persendirian dalam usaha membantu polis membasmi jenayah di negara ini.
Beliau berkata sepatutnya kelulusan diberikan kerana ini adalah satu usaha yang baik membantu pihak polis.
Kenyataan menteri itu jelas mengambarkan pendirian bercanggah dengan Musa ekoran beberapa isu termasuk surat perletakan jawatan serta campur tangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran polis.
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan memang jelas wujud perselisihan antara menteri dan KPN jika dirujuk kepada kenyataan mereka sebelum ini.
"Memang jelas sekali ada perbalahan antara mereka seperti kes surat perletakan jawatan yang disiarkan di dalam akhbar dan juga tentang kenyataan campur tangan pihak ketiga.
"Kenyataan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri itu jelas dan tak perlu dinafikan lagi, ini menunjukkan suatu yang tidak sihat dalam usaha untuk membasmi jenayah. Saya rasa mereka perlu meredakan pertelingkahan antara mereka agar suasana keselamatan dalam negara ini lebih terjamin," kata beliau.
Hishammudin dalam kenyatannya memberitahu pihak yang memohon boleh merujuk kepada dia secara terus bagi menilai semula permohonan tersebut serta menyambut baik langkah MBPJ.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment
Kerajaan Rom bukan tumbang di sebabkan oleh musuh luar. Tetapi sengketa dalaman yang memulakan keretakan. UMNO/ BN pun macam tu lah juga. Pekung sudah nak terburai sekarang. Hanya tunggu dan lihat.
Post a Comment