Lompat parti rosakkan demokrasi - Gerak

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 9 Mac: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menganggap lompat parti di kalangan wakil rakyat sebagai perosak sistem demokrasi negara kerana menodai kepercayaan rakyat yang telah mengundi mereka.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau gejala tersebut kerana dibimbangi membabitkan rasuah politik jutaan ringgit.

"Gerak melihat fenomena ini semakin membimbangkan seolah-olah mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi khususnya dan rakyat amnya terhadap amalan sistem demokrasi berperlembagaan negara.

"Justeru, Gerak menggesa agar pihak SPRM memantau gejala ‘lompat parti’ secara rapat dan seterusnya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat bukti yang jelas," kenyataan bersama ahli lembaga pengarah NGO itu dipetik.

Selain itu, NGO itu turut mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada PKR, menyertai mereka.

Zulkifli jelas mereka sesuai untuk bersama Gerak memperjuangkan isu integriti dan anti-korupsi yang didakwa lebih universal dari perjuagan isu murtad dan kalimah Allah yang diperjuang Zulkifli sebelum ini.

"Gerak menghormati pendirian beliau terutamanya terhadap isu penggunaan kalimah Allah, namun Gerak mengajak beliau untuk memperjuangkan isu yang lebih universal dan paling utama iaitu integriti dan anti korupsi di negara ini," kata mereka lagi.

Selain Zulkifli, mereka turut menggesa wakil rakyat Bebas lain bersama.

Ahli Parlimen Bebas jelas mereka perlu kembali kepada prinsip memperjuangkan integriti dan hak rakyat disamping mengenepikan politik peribadi yang tidak menguntungkan negara sama sekali.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.