MENTERI BESAR TURUN PADANG MELAWAT BUKIT ANTARABANGSA DAN LANCAR BUKU PANDUAN
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan turun padang bagi melawat Wangsa Height dan Dataran Ukay di Bukit Antarabangsa pada Sabtu, 6 Mac ini, jam 2.30 petang.
Pada lawatan kerja itu, Menteri Besar akan mengadakan sesi dialog dengan penduduk dari dua kawasan itu dan penduduk lain yang mendiami Bukit Antarabangsa bagi memaklumkan usaha kerajaan negeri menangani risiko kejadian tanah runtuh.
Menteri Besar juga akan melancarkan buku panduan bertajuk Panduan Menyelenggara Cerun Untuk Orang Awam yang diterbitkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa (COBARA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Buku panduan itu penting untuk dijadikan panduan dan kesedaran kepada orang ramai yang mendiami kawasan yang berisiko tinggi. Buku panduan ini akan memberi kefahaman dan pendidikan bagaimana penduduk boleh menyelenggara kawasan cerun dan berbukit bagi mengurangkan risiko berlakunya tanah runtuh.
Buku panduan yang diedarkan secara percuma ini juga mengumpulkan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkaitan penyelenggaraan kawasan bercerun dan berbukit.
Selain untuk pendidikan dan pemberitahuan, buku panduan ini bagi memastikan penduduk di kawasan cerun dan berbukit bersama-sama membantu MPAJ mengawasi serta memantau kawasan sekeliling yang berisiko tinggi bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.
Lawatan kerja Menteri Besar di Bukit Antarabangsa dan pelancaran buku panduan ini dibuat susulan kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008.
Dalam kejadian awal pagi di Taman Bukit Mewah itu, empat penduduk terkorban manakala 14 banglo roboh manakala beratus lagi penduduk di sekitar tempat kejadian diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan.
Faktor utama yang dikenal pasti ialah kebocoran paip air dari saluran paip yang aktif bawah rumah terbengkalai berdekatan tempat kejadian yang meningkatkan kandungan air dalam tanah sekali gus menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Tanah Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang setiap satunya hanya berselang tiga ke lima minit.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment