Polis panggil Siti Nurhanim, penduduk bantu siasatan

AMPANG – Polis telah merakam keterangan ibu Syafia Humairah Sahari bagi membantu siasatan kematian anaknya akibat didera teman lelaki wanita itu Khamis lalu,

Siti Norhanim Aziz, 25, difahamkan telah memberi keterangan di balai polis berhampiran rumahnya di Sungai Plong, Selangor kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Malah, polis turut merakamkan keterangan penduduk Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali berhubung kematian kanak-kanak malang itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, beberapa penduduk yang tinggal di taman berkenaan terutamanya yang menyaksikan kanak-kanak malang itu dipukul oleh suspek telah dipanggil.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan keterangan beberapa orang saksi namun siasatan kes masih lagi diteruskan,” katanya yang turut memberitahu bahawa suspek bakal dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Dialog Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Anak Mersat dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Khamis lalu, Allahyarham Syafia Humairah, 3, meninggal dunia selepas didera teman lelaki Siti Norhanim di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama di Batang Kali.

Berikutan kejadian itu, teman lelaki Siti Norhanim yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi, ditahan bagi membantu siasatan. SH

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.