Pertembungan Tiga Kerajaan
Oleh IZMAS
PEREBUTAN jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini bakal menemukan tiga tokoh yang dikatakan mewakilli 3 kerajaan (kingdom). Pertandingan kali ini bakal menemukan tiga maharaja dari tiga latarbelakang yang mewakilli tiga generasi.
Seorang tokoh dari bekas presiden yang sudah bersara tetapi berhasrat memasukki semula gelanggang dengan matlamat mahu memulih dan menstabilkan parti setelah didesak oleh pelbagai pihak serta pemimpin veteran.
Tokoh kedua, penyandang sekarang yang disifatkan bertindak keseorangan (lone ranger) dan tidak ramai pengikut setia tetapi mempunyai visi besar untuk mentransform parti kepada suasana baru setelah ditinggalkan dengan beban debu dan warisan masalah oleh ketua sebelumnya.
Calon ketiga, seorang bekas menteri kabinet juga timbalan presiden yang dipecat setelah terlibat dalam skandal seks. Tokoh ini dikatakan mempunyai ramai penyokong dan berhasrat besar menjadi ketua parti walaupun masalah krisis moralnya boleh menjejas peluang beliau untuk menang.
Tokoh pertama yang dimaksudkan Tan Sri Ong Ka Ting. Beliau secara mendadak menawarkan diri bertanding setelah dua tahun melepaskan sebagai jawatan presiden parti setelah MCA kalah teruk dalam PRU 12 lalu. Kesediaan beliau bertanding disifatkan boleh membawa ketenangan dan kestabilan dalam parti yang terus bergolak dan bermasalah walaupun berbagai usaha perdamaian sudah dilakukan.
Ka Ting dibawa masuk ke gelanggang dengan harapan beliau berupaya menyelesaikan krisis dalaman kepimpinan parti di bawah presiden sekarang yang gagal menyatupadukan semua puak yang bertelagah. Bekas presiden itu didesak bertanding bagi meleraikan kekusutan panjang yang masih terus tersimpul dan belum menemui jalan penyelesaian muktamad seperti yang diharapkan kebanyakan ahli parti dan perdana menteri.
Kekusutan dan kecelaruan dalam parti sudah menjejas kredibilit kepimpinan MCA dalam memenangi hati dan undi masyarakat Cina yang amat kritikal dalam konteks pilihan raya ke 13 nanti. Krisis dalaman parti sudah menjejas teruk keyakinan kaum Cina terhadap kebolehan pemimpin parti komponen kedua terbesar BN itu menyelesaikan kemelut dalaman mereka kerana pemimpin yang bertelagah sibuk mengerakkan agenda peribadi masing-masing menatasi agenda kepentingan menyatupadukan parti.
Pemimpin yang bertelagah lebih mementingkan agenda perjuangan peribadi dan jawatan tanpa memperduli apa yang terjadi pada parti. Masing-masing pemimpin cuba mempertahan pendirian dan puak masing-masing tanpa menghiraukan kestabilan dan keutuhan parti yang amat diperlukan PM Najib dalam memenangi semula undi kaum Cina yang ketara sudah memihak DAP dan PKR dalam PRU 12 lalu.
Di sinilah kehadiran Ka Ting dikatakan amat kritikal bagi memulihkan MCA keluar dari kemelut politik yang sudah berlanjutan begitu lama. Kehadiran beliau dikatakan boleh mententeramkan situasi dan mengembeling puak-puak yang bertelagah supaya kembali kepada agenda memperkuat parti demi kepentingan MCA sendiri dan BN seperti yang dikehendakki oleh Najib.
Calon kedua yang bertanding ialah Presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat, dikatakan gagal mengawal situasi sehingga krisis dalaman MCA terus bergolak dan berterusan sehingga mengakibatkan parti semakin berpecah. Keupayaan beliau mengendalikan parti sudah dipertikai sehingga ramai kawan-kawannya dalam parti membawa haluan sendiri dan setengahnya mengambil keputusan melawan beliau.
Menurut pemerhati politik, peluang beliau untuk kekal mempertahan jawatan dikatakan tidak begitu cerah kerana tidak mempunyai ramai penyokong setia. Beliau disebut sebagai pemimpin lone ranger yang bergerak keseorangan tanpa pengikut ramai kerana mempunyai falsafah tidak mahu menimbulkan puak-puak dalam parti. Kegagalan beliau mengambil hati dan bekerjasama dengan pemimpin lain yang bertelagah disifatkan sebagai kelemahan beliau sebagai presiden parti yang gagal mengambil tindakan bijak bagi menamatkan isu. Hal itu sudah diekspolit oleh lawannya untuk mencabar beliau dengan dakwaan sebagai ketua parti yang lemah dan tidak berkeridebel meneruskan kepimpinan parti.
Namun, Ong pula berpendapat kewibawaannya sebagai ketua parti sedikit terjejas akibat warisan beban masalah ditinggalkan presiden sebelum beliau yang cukup mencabar. Isu PKFZ yang tidak selesai dan kekalahan teruk calon MCA dalam PRU 12 lalu adalah beban cukup berat yang terpaksa dihadapi sebagai ketua parti yang baru mengambilalih kepimpinan. Beliau cuba bertindak tegas dan melakukan sesuatu perubahan drastik tetapi tindakannya tidak mendapat sambutan ahli parti yang menyebabkan beliau kehilangan sokongan.
Calon ketiga yang menawarkan diri bertanding ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan di era kepimpinan Tan Sri Ong Ka Ting sebagai presiden MCA. Dr Chua agak sudah berusia tetapi didakwa berbakat, boleh memimpin parti dan mempunyai penyokong setia yang ramai terutama di selatan tanah air. Namun, krisis moral yang dihadapinya didakwa sudah menjejas kredibilitnya sebagai pemimpin yang bersih dan berwibawa.
Peluang beliau untuk menang dikatakan masih ada berdasarkan kepopulariti dan sokongan ramai penyokong ahli yang berusia. Walaupun isu moral boleh menghantui sokongan ahli perwakilan terhadapnya, namun pemerhati berpendapat isu itu sudah hampir dilupakan dan mereka melihat Dr Chua sebagai pemimpin yang boleh bekerja dan mesra dengan semua ahli akar umbi. Menurut pemerhati, Chua dikatakan boleh bekerja dengan semua puak dalam parti dan mempunyai kebolehan memujuk pihak yang bertelagah mengenepikan perbezaan mereka untuk parti.
Peluangnya lebih baik dibandingkan presiden sekarang, tetapi agak sukar jika dikaitkan dengan rekod bekas presiden Ka Ting yang dilihat cemerlang dan tidak bermasalah. Chua belum mempunyai rekod cemerlang sebagai ketua dibandingkan dengan Ka Ting yang sudah memimpin parti tanpa banyak masalah lebih sepenggal dan berjasa besar mendamaikan Tem A dan Team B yang bergolak ketika itu..
Kelemahan Ka Ting barangkali boleh dilihat pada kegagalan beliau memimpin MCA dalam PRU 12 lalu di mana kaum Cina menolak teruk parti itu dan menyokong kuat DAP dan PKR. Setengah pihak berpendapat kegagalan itu bukan kerana MCA, tetapi lebih kepada faktor kepimpinan tertinggi Umno ketika itu yang lemah dan diselubung banyak masalah. Namun, menurut setengah pemerhati, hubungan mesra Chua dengan pelbagai lapisan pemimpin akar umbi dan kesediaannya bertolaknasur bekerjasama dengan semua pihak merupakan fakor yang boleh membantu kemenangan beliau. Dalam situasi terkini, dikatakan MCA memerlukan pemimpin yang boleh diterima dan boleh berkrompomi dalam pelbagai isu oleh semua pihak yang bertelagah.
Kemenangan calon presiden yang bartanding juga dikaitkan dengan siapa regu timbalan presiden yang bertanding. Dua calon sudah memastikan bertanding jawatan itu, iatu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Kong Ha sudah dikaitkan sebagai orang Dr Chua sementara Tiong Lai dikatakan dari kem Ka Ting. Sokongan yang diberikan perwakilan kepada calon presiden yang menjadi pilihan biasanya akan diberikan juga kepada regu timbalannya. Demikian juga sebaliknya. Undi yang dihulurkan kepada calon timbalan presiden dari team yang sama akan dihulurkan juga kepada calon presiden yang menjadi regunya.
Dengan kata mudah, undi yang bakal diterima oleh Ka Ting akan diterima juga oleh Tiong Lai kerana mereka dari team yang sama. Dan undi yang diberikan kepada Dr Chua sudah pasti dihulurkan juga kepada Kong Ha yang berada dalam team yang sama.
Dalam situasi ini, Ong Tee Keat tinggal keseorangan tanpa regu timbalannya yang boleh membantunya secara langsung atau tidak. Ini sudah memberi isyarat bahawa beliau bakal melalui jalan berliku dalam usahanya untuk merebut jawatan presiden. Tanpa calon timbalan presiden yang mengiringi beliau sebagai regunya menyukarkan laluannya untuk merebut jawatan tertinggi parti apatah lagi terpaksa bersaing dengan dua calon sedia ada yang sudah didakwa mempunyai penyokong yang ramai.
Namun, apapun boleh berlaklu dalam politik. Perwakilan mungkin boleh membuat perhitungan di luar dugaan yang boleh mengubah situasi. Adalah sukar diramal team mana yang boleh menang mudah kerana calon-calon bertanding mengakui sudah mendapat sokongan yang cukup dan yakin boleh menang. Peperangan saikologi sudah bemula dan mereka sudah bekerjakeras berkempen di serata negara bagi maraih undi seramai 2,378 perwakilan bagi menyokong pencalonan mereka.
Beberapa pemerhati berpendapat, kemenanagn calon yang bertanding pada 28 Mac nanti tidak membawa makna besar kerana perwakilan akan mengundi sekali lagi dalam pemilihan resmi pada Oktober 2011. Kemenangan mana-mana calon disifatkan dalam pertembungan 28 Mac ini sebagai sementara – pemilihan resmi pada Oktober 2011. Dan tidak semestinya pemimpin yang menang boleh menjadi natural choice (pilihan semulajadi) perwakilan pada pemilihan 2011 nanti. Banyak insiden dan peristiwa boleh mempengaruhi situasi dalam tempuh setahun yang boleh mengubah pendirian dan pernilaian ahli terhadap kemampuan pemimpn yang terpilih itu.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment