SAPP Tetap Bersama Pakatan Rakyat
Oleh Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 16 Mac - Penyebaran khabar angin di dalam internet kononnya Parti Progresif Sabah (SAPP) sedang berusaha kembali kepada pangkuan Barisan Nasional adalah satu dakwaan palsu dan bohong.
Ahli Perlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff ketika dihubungi Suara Keadilan menjelaskan prinsip dan pendirian yang di bawa oleh SAPP di Parlimen sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan.
"Bagi saya apa yang diperkatakan di internat itu tidak betul, ini berdasarkan kepada sikap SAPP di dalam Parlimen selain kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya Datuk Yong Teck Lee yang akan menyertai badan bukan Barisan Nasional sahaja.
"Malah kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali adalah umpama ingin mencari sokongan dan ingin menjadi popular selain itu agar SAPP menyokong blok bebas. Kita tahu SAPP tidak akan termakan dengan dakwaan kosong sedemikian kerana SAPP adalah sebuah parti yang matang," jelas beliau.
Beliau juga memberitahu perjuangan SAPP adalah konsisten dengan perjalanan perjuangan politik Sabah dan ia berbeza dengan perjuangan yang dibawa oleh BN yang tidak mahu memberi pengiktirafan kepada Sabah.
"Di dalam Parlimen pendapat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen SAPP berbeza dengan BN malah mereka sentiasa menyebelahi kita Pakatan Rakyat selain berhasrat untuk menumbangkan pentabdiran BN.
"SAPP lebih cenderung kepada perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat, walaupun mereka tidak bersama kita tapi kita boleh duduk bersama dalam memperjuangkan hak rakyat lebih-lebih lagi perjuangan yang kita akan bawa kepada Sabah tentang royalti minyak sebanyak dua puluh peratus," sambungnya.
Selain itu beliau berharap pendirian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pemberian royalti sebanyak dua puluh peratus kepada Sabah dapat dinilai sepenuhnya oleh SAPP.
Perjuangan yang sama dilihat satu cara untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik antara kedua-dua parti.
SAPP keluar daripada BN pada 2008 setelah hilang kepercayaan terhadap BN berhubung kegagalannya menyelesaikan masalah rakyat di Sabah.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment