Umno Ganu Semakin Hancur!

Mungkin berpunca di UMNO bahagian

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said semalam membidas tindakan sesetengah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini yang didapati gagal memberi komitmen untuk hadir pada majlis perjumpaan khas bersama beliau di Stadium Negeri, di sini.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap sikap pemimpin di peringkat akar umbi itu, beliau berkata perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dan perlu diperbetulkan semula.

Malah, apa yang mengecewakannya, majlis tersebut hanya dihadiri 60 peratus daripada 4,000 ahli JKKK yang terdapat di seluruh daerah Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad, melihat pada situasi berkenaan beliau percaya banyak perkara di peringkat akar umbi di daerah itu perlu diperbetulkan selepas ini.

“Kita tidak tahu apa masalah sebenar yang berlaku sehingga ahli JKKK di daerah ini begitu sukar untuk memberi kerjasama, berbeza dengan keadaan di daerah Kemaman.

“Mungkin juga masalah ini berpunca daripada kepincangan kepimpinan di peringkat UMNO bahagian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan itu.

Hadir sama ialah Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw dan ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Sehubungan itu, Ahmad berharap selepas ini akan timbul kesedaran dalam kalangan ahli JKKK untuk sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Yang penting, hubu-ngan wakil rakyat dengan ahli JKKK juga perlu kuat dan utuh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tahun ini, Kerajaan Negeri akan membuka ladang nanas seluas 202 hektar di Kampung Pancur Berderu, Setiu menjelang pertengahan tahun ini.

“Pada masa sama, kita juga akan membuka ladang kelapa pandan di Setiu di mana setiap 40 hektar tanah akan ditanam dengan 100 batang pokok kelapa.

“Tahun ini juga kita akan mulakan projek tanaman jagung hibrid di atas tanah seluas 202 hektar di Hulu Terengganu di mana setiap keluarga kita akan berikan dua hektar tanah untuk mereka usahakan dengan tanaman tersebut. Setiap 0.4 hektar tanah boleh ditanam dengan 9,000 pokok jagung hibrid,” katanya.

Beliau berharap menerusi bantuan projek tanaman jagung itu, ia dapat menjadi titik permulaan dalam usaha melahirkan petani berjaya yang boleh meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hasil jualan jagung hibrid itu.SH

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.