13 Mei: Perspektif Pakatan, BN — Zaid Zakaria
13 MEI — Tanggal 13 Mei datang lagi dan terus mengundang reaksi bermacam-macam daripada segenap lapisan rakyat Malaysia.
Peristiwa hitam ini masih mendatangkan dampaknya kepada politik Malaysia, sama ada secara sedar atau separa sedar.
Mereka yang terkesan dengannya termasuk yang mengalami peristiwa itu dan generasi baru yang hanya membaca insiden itu daripada buku dan surat khabar.
Sekarang, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa citra 1 Malaysia sebagai kempen beliau, 13 Mei tidak boleh lagi dimainkan atau dieksploit seperti sebelum ini.
Umno juga pada masa yang sama mencecah usia 64 tahun dan pada masa ini juga pakatannya dengan parti komponen lain yang mewakili kaum-kaum lain sedang teruji.
Pada masa seperti ini, Umno akan cuba memulihkan iemjnya yang terpalit dengan citra negatif politik perkauman 13 Mei yang dieksploit untuk kepentingannya selama ini.
Tetapi, timbul juga kebimbangan yang Umno yang cuba berubah untuk dilihat liberal dan inklusif akan memberi tafsiran yang menurut tafsirannya sendiri tentang 13 Mei untuk disesuaikan dengan citra 1 Malaysia itu.
Satu perhimpunan “Melayu Bangkit” oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak tertentu.
Tetapi sebenarnya apa yang dipercayai berlaku ialah perhimpunan ini, yang dipercayai oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno, digesa membatalkan perhimpunan sensitif itu.
Ini ialah kerana masa ini amat sensitif dan boleh menggugat citra 1 Malaysia Najib yang sedang dipromosikan dengan besar-besaran.
Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang di Hulu Selangor tempoh hari cuba mendekatkan sikap mereka dengan Umno dalam hal-hal tertentu supaya tidak menjejaskan kempen Umno dengan tema 1 Malaysia.
Di kalangan Umno itu sendiri, sudah ada suara yang menganjurkan supaya 13 Mei diwarnakan semula supaya rakyat akan dapat mencorakkan sendiri Malaysia pada masa akan datang.
Anjuran yang mulia ini bagaimanapun belum boleh dianggap sebagai pandangan arus perdana Umno.
Sebagai parti yang sebahagian besar pengundinya di kawasan luar bandar dan kurang terdedah dengan hiruk-pikuk politik di Kuala Lumpur, Umno masih boleh bercakap menggunakan isu-isu kaum dengan tafsiran lama.
Di Hulu Selangor semasa pilihan raya kecil tempoh hari, kempen-kempen Umno masih terus menggunakan isu berkaitan kaum dan meletakkannya sebagai isu penindasan kerajaan PKR dan DAP terhadap orang Melayu.
Isu-isu seperti penternakan babi, kilang arak (yang sebenarnya sudah ada sejak zaman Umno memerintah lagi) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Pencalonan Datuk Zaid Ibrahim pula diserang dengan dikaitkan dengan kehidupannya yang liberal dan hubungan baik dengan ahli politik bukan Melayu dari PKR dan DAP.
Tidak seperti Pakatan Rakyat yang menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama melibatkan semua parti dan kaum, Umno secara agak tersembunyi bercakap dengan pengundi Melayu dengan tema-tema politik kaum.
Bercakap dalam dua tema ini dijangka akan diteruskan oleh Umno dalam kempen-kempen pilihan raya akan datang, untuk terus memastikan undi Melayu tradisional terus dipegang.
Pada masa yang sama, citra 1 Malaysia akan terus dicanang untuk mendapat undi bukan Melayu yang merosot sejak pilihan raya umum ke-12. Tidak hairanlah kenapa isu sekolah Cina menjadi isu yang diperbesarkan dalam kempen Barisan Nasional.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat selama ini telah menunjukkan sikap yang betul dalam menghadapi cabaran politik perkauman di Malaysia dengan tidak melayan permainan sempit Umno untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat melalui isu Melayu.
Politik baru yang dibawa melalui agenda Pakatan Rakyat telah mencipta jalan baru untuk menuju masa depan Malaysia, dengan tidak lagi diganggu momokan 13 Mei.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment