Asyik-asyik mamak lagi...
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIABelum pun kering dakwat posting MR yang bertarikh 7/5/2010 di dalam blog ini tentang suara mamak-mamak di Parlimen, semalam UMNO menganugerah lagi pada mamak, mamak Zainudin Maidin atau Zam sebagai Tokoh Melayu Terbilang.
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.
Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.
Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.
Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.
Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai 'bom jangka'.
Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.
Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.
Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.
Katanya, beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.
''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.
Menurutnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuk ketika membuat pendedahan mengenai ekstremis kaum di negara ini serta kegiatan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam sehingga ia diharamkan satu ketika dulu.
Inilah bukti yang nyata satu pengiktirafan peranan mamak dalam di dalam United Malays National Organisation (UMNO).
Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah mesej pengiktirafan peranan utama kaum mamak dalam negara ini. Zam mewakili sebilangan besar mamak-mamak yang terdiri dari mamak nasi kandar/roti canai dan teh tarik, mamak surat khabar/majalah, mamak money changer, mamak roti, mamak rempah-cabai, mamak kacang puteh dan seluruh DKK dalam negara ini.
Mungkin atas dasar atau kriteria ini Zam dipilih. Kalau mengikut penulisan buku Zam hanya menulis tak lebih pun dari 4 buah buku iaitu "Yang Pertama dan Terakhir", "Mahathir Di Sebalik Tabir", "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" dan "Wira Tidak Didendang.". Tokoh-tokoh lain seperti Kadir Jasin menulis lebih dari itu.
Mungkin juga Najib mengenang jasa Zam kerana menulis tentang ayahanda beliau Tun Razak "Tun Razak : Jejak bertapak seorang Patriot" dan hasil penulisan diserah kepada Yayasan Tun Razak membuat Zam dipilih.
Apa pun di dunia ini tidak ada yang percuma.
http://mummyrokiah.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!
No comments
Post a Comment