BENARKAH RAJA PEREMPUAN KELANTAN TELAH DIKASARI OLEH ANGGOTA POLIS?
Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah dibawa berangkat ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dari Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 4 Mei 2010 sebelum Baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 9 Mei 2010.
Sehari selepas KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang, iaitu pada 10 Mei 2010, satu jambangan bunga beserta ucapan terima kasih (di atas kawalan keselamatan yang telah diberikan oleh pihak polis) yang berasal dari Istana Mahkota, Kubang Kerian, telah dihantar kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, di atas nama KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Berdasarkan kepada hantaran jambangan bunga beserta ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Kelantan ini, kita merasa amat terkejut bagaimana boleh timbulnya dakwaan bahawa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, telah dikasari oleh anggota polis ketika Baginda hendak memasuki wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 4 Mei 2010 sehingga Baginda dikatakan mengalami kecederaan (lebam pada tangan).
Berdasarkan kepada hantaran jambangan bunga beserta ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Kelantan ini juga, kita merasa amat terkejut bagaimana boleh timbulnya permintaan supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, telah dikasari oleh anggota polis.
Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum juga, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sebenarnya masih belum boleh bertitah dengan sempurna, jadi adalah agak mustahil untuk Baginda menitahkan supaya jambangan bunga beserta ucapan terima kasih dihantar kepada Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Kelantan. Walaupun begitu, apabila ini dilakukan maka adalah selamat untuk kita mengandaikan bahawa ia dibuat di atas titah mereka yang dekat dengan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Satu persoalan yang timbul di dalam benak fikiran kita adalah, di mana kewajaran Istana Mahkota, Kubang Kerian, menghantar jambangan bunga beserta ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Kelantan jika dakwaan bahawa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, telah dikasari oleh anggota polis adalah benar?
Satu lagi persoalan yang timbul di dalam benak fikiran kita adalah, apa keistimewaan kakanda ipar Raja Perempuan Kelantan, Tengku Merjan Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, sehingga memerlukan Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, telah dikasari oleh anggota polis?
Sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, semua pihak perlulah mengikuti prosedur perundangan. Sekiranya terdapat apa-apa dakwaan, maka laporan polis hendaklah dibuat bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan ke atas kebenarannya.
Dalam pada itu, kepada pihak-pihak tertentu yang suka menghebahkan apa yang dikatakan sebagai titah Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra kepada rakyat, cubalah untuk berlaku jujur dan ingatlah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.
Begitu juga kepada doktor peribadi, iaitu Kolonel Dr Amir Ramli (3007058), dan aide-de-camp Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, iaitu Mejar Zahari Bakri (3006153), cubalah untuk tidak bertindak melampaui batasan kuasa yang diberikan kepada kita.
http://thekelantaninsider.blogspot.com/2010/05/posting-12-benarkah-raja-perempuan.html
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment