BN Guna Polis, PBT Ugut, Halang Ceramah Pakatan Rakyat
Oleh Faizal Ezzany
SIBU 13 Mei - SUPP-Barisan Nasional mengamalkan budaya politik ugutan dengan kerjasama pihgak polis pada pilihan raya kecil Sibu bagi menghalang Pakatan Rakyat menyampai mesej dan memberi penerangan kepada rakyat di sini.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata SUPP-BN telah menggunakan pihak polis untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat serta mengugut tuan punya presmis setiap kali diadalah ceramah umum.
"Saya kesal dengan sikap yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang telah menggunakan pihak polis untuk memberi ugutan kepada pemilik tempat kita adakan ceramah.
"Tindakan ugutan yang mereka lakukan ini adalah disebabkan mereka takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat. SUPP mahupun BN sekarang sudah gementar untuk menghadapi Pakatan Rakyat jadi mereka menggunakan pihak berkuasa, inilah sikap kotor mereka yang menyekat sebuah negara demokrasi dan hak rakyat untuk mengetahui maklumat sebenar.
"Contohnya apa yang terjadi kepada pemilik Idaman Kafe, beliau telah dipanggil oleh pihak berkuasa tempatan dan diugut dengan menyatakan permit beliau tidak akan diperbaharui jika meneruskan ceramah tersebut.
"Selain itu juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa juga telah dipanggil oleh polis bagi memberi keterangan kenapa beliau memilih untuk mengadakan ceramah di restoran tersebut," katanya.
Selain pemilik Idaman Kafe dipanggil dan diugut, pemilik Restoran Hany juga mengalami nasib yang sama menyebabkan DAP terpaksa membatalkan tempahan yang telah dibuat sebelum hari pengumunan calon lagi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang juga menekankan kempen BN yang menggunakan isu negara Islam dianggap sudah jauh ketinggalan 10 hingg 15 tahun ke belakang melihat kepada mesej pada poster dan papan tanda kempen yang mereka gunakan.
"Saya juga terkejut dengan kempen yang mereka lakukan pada PRK kali ini, kempen mereka telah jauh kebelakang lebih 10-15 tahun. Sikap mereka ini diibaratkan masih ditakuk lama dan belum berubah.
"Mereka mengambarkan makanan masyarakat Cina akan terhapus jika mengundi DAP, kita perlu lihat apa yang berlaku di Kelantan dan Pulau Pinang adakah mereka tidak dapat mengecapi makanan tradisional mereka. Apa yang berlaku di Kelantan, masyarakat Cina disama berada dalam keadaan aman tanpa ada sebarang sekatan langsung.
"Saya yakin dengan pengundi sekarang dan mereka telah sedar denagn segala isu yang dimainkan oleh BN, pengundi sekarang sudah bijak membuat pilihan yang terbaik bagi mereka," kata beliau pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat di sini padi tadi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu juga terkejut dengan politik ala kuno BN di Sibu yang disifatkan begitu teruk sekali.
"Bagi saya kempen mereka kali ini begitu teruk sekali dan mereka telah kehabisan idea dalam menarik perhatian pengundi di sini. Rakyat Sibu kena tengok di Kuala Sepetang, Perak di situ undi kepada PAS yang ketiga tinggi di Malaysia dan majoriti pengundi adalah Cina.
"Ini menunjukkan kaum Cina telah bangkit dan tidak termakan dengan kempen BN yang sudah lapuk," katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment