Berita kitar Semula
Oleh Ahmad Zawawi
Berita Harian keluaran Selasa 04 Mei membawakan berita dengan tajuk “ Umno bincang nasib Melayu Pulau Pinang “. Lama juga saya berfikir sama ada cerita ini satu cerita yang fresh atau kitar semula. Diperihalkan satu Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang akan diadakan pada 8 dan 9 Mei diPoliteknik Seberang Perai. Perasmiannya pada hari Sabtu 8hb Mei akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Kenyataan-kenyataan untuk membela nasib melayu Pulau Pinang sering berkumandang pada setiap kali Pilihanraya tidak kiralah sama ada ia Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.
Negara sudah bebas daripada penjajahan dan mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 namum kita tidak mengerti apa bendanya yang menghalang orang-orang melayu Pulau Pinang daripada mendapat kemajuan seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia dilain-lain Negeri.
Ia dilihat sangat pelik kerana sebelum DAP dapat mengetuai Kerajaan Pulau Pinang bermula Mac 2008, Barisan Nasional memerintah Negeri tersebut berpuloh-puloh tahun lamanya. Mengapa dalam tempoh sepanjang itu masaalah Ekonomi Melayu tidak diberi keutamaan? Ditambah pula Perdana Menteri sebelum ini adalah anak watan Pulau Pinang.
Orang-orang politik diPenang ketika ini hanya berminat mencari kelemahan DAP dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat meminggir masyarakat melayu dan sebagainya. Segala kebaikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tetap mendapat tentangan dan ada sahaja yang tidak kena.
Melalui tulisan ini adalah diharapkan selesai sahaja berkonvensyen janganlah bertangguh lagi. Setiap perancangan hendaklah dilaksanakan secepat mungkin. Dengan berbuat sedemikian sekurang-kurangnya segala pengabaian selama ini dapat dimaafkan.
Jika Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk menagih kembali sokongan semata-mata, besar kemungkinan hasrat tersebut tidak akan tercapai. Rakyat Pulau Pinang sudah mula selesa dengan cara Pakatan Rakyat khususnya DAP. Yang pasti mulai Mac 2008 Label Pi Mai Pi Mai Tang Tu sudah tidak sepopular dulu. Jika ianya ibarat sebuah lagu ternyata ia sudah terkeluar carta.http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments
Post a Comment