BN Tak Mahu Beri Geran Tanah, Mahu Beri Kepada Keluarga, Kroni
Oleh Faizal Ezzany
SIBU 12 Mei - Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dilihat telah memperbodohkan rakyat Sarawak terutamanya di Sibu tentang pemilikan dan pemberian geran tanah kepada penduduk.
Sepanjang pemerintahan BN di Sarawak mereka tidak pernah mengeluarkan geran dan diberikan kepada pemilik sebenar walaupun penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak kian lama.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Senusi alasan yang sering diberikan oleh BN tentang pemberian geran tanah adalah kerana takut pemilik tanah tersebut menjual tanah tersebut.
"Ada anak Sibu yang menduduki kerusi Parlimen dan bila ditanya kenapa geran tanah tidak diberikan kepada rakyat Sibu mahupun Sarawak, beliau menjawap sebab sebenar BN tidak mahu memberi geran tanah kerana takut pemilik tanah menjual tersebut.
"Ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Sarawak khasnya di Sibu, BN telah membuat tuduhan yang teruk kepada penduduk disini seolah-olah mereka tidak lagi percaya dengan rakyat di sini.
"Jawapan sebenar kenapa mereka tidak mengeluarkan geran adalan kerana nilai tanah tersebut, nilai tanah di kawasan sekitar Kampung Hilir ini adalah amat tinggi. Mengikut perkiraan harga sekarang adalah RM30 satu poin (kiraan tempatan), inilah sebab sebenarnya.
"Setiap tanah yang tidak mempunyai geran adalah milik kerajaan jadi kepada penduduk yang ada tanah tetapi tidak memiliki geran maka tanah tersebut boleh diambil bila-bila masa sahaja oleh kerajaan BN," ucapnya.
Beliau juga memberitahu selain nilai yang tinggi pada harga tanah tersebut, bagi mencari keuntungan dan merampas hak rakyat BN hanya akan membayar pampasan harga rumah kediaman sahaja dan bukan nilai tanah yang diduduki.
"Tanah yang tidak mempunyai geran, BN akan ambik tanah tersebut dan penduduk akan diberikan pampasan yang jika dibandingkan dengan harga sekarang adalah amat kecil. Jadi inilah sikap sebenarnya BN yang senantiasa menindas rakyat demi kepentingan peribadi dan juga kroni mereka.
"Rakyat kena faham dan jelas dengan apa yang telah berlaku, saya harap rakyat di Sibu bangkit dan berani menuntut kepada BN agar geran segera dikeluarkan kepada rakyat. Tindakan yang diambil ini dapat mengelak BN dari merampas tanah milik rakyat Sibu mahupun Sarawak," kata Wan Zainal lagi.Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment