SUPP Tubuh 'Team Wawasan' Mahu Rampas Tanah Penduduk Sibu
Oleh Faizal Ezzany
SIBU 12 Mei - Rakyat Sibu diingat supaya mengambil perhatian dan berhati-hati dengan tanah yang mereka duduki kerana SUPP mempunyai agenda tersembunyi ke atas tanah yang kini duduki oleh rakyat kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.
Agenda tersembunyi SUPP ini berlindung di sebalik sebuah kumpulan yang dikenali sebagai 'Team Wawasan' yang sekarang ini sedang meneliti tanah yang diduduki rakyat Sibu disepanjang tebing Sungai Batang Igan yang merangkumi Kampung Hilir, Kampung Datu, Kampung Nangka sehingga Sungai Antu.
"Rakyat kena bangun dan berani menuntut geran tanah yang mereka duduki kerana di Sibu ini telah ditubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Team Wawasan yang dikendalikan oleh SUPP.
"Team Wawasan ini sedang memerhatikan tanah-tanah yang dimiliki oleh rakyat di sini untuk pembangunan dan sekarang mereka telah menggunakan wakil-wakil rakyat PBB bagi memujuk penduduk di Kampung Hilir ini agar serahkan tanah tersebut dan penduduk hanya diberi pampasan berbentuk rumah sahaja.
"Penduduk di sini jangan terlalu leka dan cepat menerima tawaran yang diberikan, rakyat perlu pertahankan hak milikan tanah tersebut. Kita bukan anti kepada pembangunan tetapi biarlah dengan cara yang betul bukan dengan sikap merampas.
"Inilah kerja SUPP dan jika mereka memerintah dengan senang mereka menindas rakyat kerana tiada siapa yang dapat menghalang tindakan mereka," jelasnya.
Beliau juga memberitahu SUPP mahupun Barisan Nasional sebenarnya tidak serius untuk mengatasi masalah rakyat, mereka hanya ingin menambahkan harta mereka sahaja.
Menurut beliau lagi nilai tanah yang diduduki kini sekurang-kurangnya bernilai RM30,000 satu poin.
"Sebab itulah BN tidak mahu memberikan kepala tanah (geran tanah) kepada penduduk di sini kerana kalau setiap rumah teletak di atas tanah seluas 10 poin ini bermakna nilai tanah tersebut adalah RM300,000.
"BN melalui SUPP hanya mahu bayar harga rumah sahaja antara RM20,000 hingg RM30,000 dan tidak mahu bayar pampasan harga tanah.
"SUPP-Barisan Nasional sebenarnya tidak serius dengan masalah rakyat dan sekarang lihat belum memerintah telah tubuhkan Team Wawasan bagi mengambil tanah rakyat. Kalau betul BN ikhlas membantu rakyat mereka sepatutnya tumpukan masalah yang ditanggung oleh rakyat mengenai masalah banjir, masalah yang telah lama dihadapi oleh penduduk di sini.
"Rakyat kena sedar dan buat pilihan yang bijak, jangan bagi peluang kepada BN memperbodohkan kita dengan senang. Pertahankan hak rakyat disini dan kami dari Pakatan Rakyat tetap akan berjuang untuk membantu rakyat, melalui calon kita inilah masalah rakyat tentang tanah boleh diatasi bukan seperti SUPP dari awal lagi sudah ada agendanya yang tersendiri," sambungnya lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment