Dedahkan Pegawai KSSB Yang Seleweng
SIBU 10 Mei - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam meminta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam supaya mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang didakwanya menyeleweng dan mengamalkan rasuah.
Beliau berkata Manikavasagam perlu mendedahkan nama pegawai berkenaan dengan segera dan membuat laporan polis agar kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Katanya Manikavasagam tidak harus bimbang untuk menyampaikan maklumat mengenai sebarang bentuk penyelewengan yang disyaki supaya kerajaan negeri dapat menjalankan siasatan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Manikavasagam sebagai berkata bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Khalid, lapor Bernama.
Sebelum itu, Khalid menutup Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di Kuala Selangor.
Manikavasagam juga memberi masa 72 jam bermula hari ini kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.
SSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan pembangkang bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.
Ia menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Khalid juga menafikan dakwaan bahawa abangnya, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam KSSB dan berkata ia adalah sebuah syarikat yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui syarikat Menteri Besar Incorporated.
- Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment