Dua Nakhoda Bukti Umno-BN Makin Reput
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 18 Mei - Kenyataan bercanggah berhubung janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya semasa pilihan raya kecil P212 Bandar Sibu menunjukkan kedua-dua pemimpin tersebut tidak sehaluan lagi.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata PRK adalah tempat Umno-BN menabur rasuah dan ini seolah-olah dianggap perkara wajib yang dilakukan secara berterusan.
"Ini menunjukkan hubungan yang tidak sehaluan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dengan janji yang dibuat kepada pengundi.
"Najib bertindak sebagai 'keyman' dalam membuat dasar manakala timbalannya pula cuba mengambil hati pengundi dengan pelbagai janji manis," kata Abdullah Sani.
Menurutnya, selepas beberapa PRK sebelum ini seperti Manek Urai, Kuala Terengganu dan Bagan Pinang, kebanyakkan janji tidak pernah ditunaikan.
"Adakah mereka ini jenis yang berpegang pada janji?," soal Abdullah Sani.
Tambahnya, Najib dan Muhyiddin mempunyai pandangan yang berbeza dan ini adalah isyarat yang menunjukkan Umno-BN berada di dalam ketakutan yang ketara sekarang ini.
"Rakyat akan memastikan Umno-BN dimuziumkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," tegas Abdullah Sani ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata BN tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa berkempen.
Pada masa yang sama, Najib pula berkira-kira untuk meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas kerusi yang dikenal pasti sebagai kubu kuat BN di Sarawak.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment