Kami semua anak Malaysia
7 MEI — Minggu Lepas, Utusan Malaysia bertanya: “Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?” Sudahlah ada orang lain, seperti Encik Ooi Kee Beng, mengarang balasan yang cukup lengkap.
Pada saya, rencana ini menyerlahkan suatu kesempatan untuk berdepan dengan suatu isu yang paling mustahak — iaitu hubungan antara suku-suku berlainan dalam masyarakat majmuk kita.
Cukup hairanlah saya dengan tajuk rencana Utusan ini. Nadanya seolah-olah masyarakat kita terdiri daripada musuh-musuh yang sering bertengkaran. Saya ini ingat kita semua anak Malaysia, yang berkongsi hak dan tanggungjawab kewarganegaraan yang sama.
Betul, ada mereka yang berhak menerima bantuan istimewa daripada kerajaan — tetapi ini tidak mengecualikan rakyat-rakyat ini daripada berkongsi dalam hak dan tanggungjawab yang lain.
Kita semua seperti bersaudara dalam sebuah keluarga yang besar. Bagaimanakah keluarga kita hendak hidup kalau kita menghadapi semua masalah senegara dengan sikap saling bermusuhan?
Pemahaman bersalingan mustahak dalam mana-mana masyarakat majmuk. Tetapi dapatkah para pembaca-pembaca Utusan Malaysia membaca rencana Encik Ooi, yang menerangkan aduan-aduan suku Cina?
Dan bagi suku-suku bukan Melayu, berapa ramai antara kami yang bukan sahaja membaca Utusan Malaysia, tetapi yang juga rela untuk sekurang-kurangnya mencubai untuk memahami aduan-aduan suku masyarakat Melayu yang sering dicerminkan di halaman Utusan?
Hakikatnya bahawa di negara kita, tiada dialog yang bermakna antara suku-suku masyarakat yang lain. Dan kalau tiadalah dialog produktif, macam manalah mencapai kedamaian dan kemakmuran yang kita semua mengidamkan?
Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu berdialog dan bertolak ansur — bukan mengambil pendirian bahawa rakyat senegara kita merupakan musuh yang perlu ditewas dan dicabar.
Inilah sebab saya tidak bersetujui dengan Perkasa. Retorik pemimpin-pemimpin Perkasa, yang penuh unsur permusuhan, mengancam ketenteraman dan sikap toleransi dalam masyarakat kita. Tetapi saya juga tidak bersetuju dengan mereka yang enggan mengakui bahawa aduan-aduan Perkasa adalah benar.
Tidak sesiapa pun boleh menafi bahawa tiap-tiap suku masyarakat kita telah maju dengan pesat. Sekarang bukan sahaja rakyat Malaysia keturunan Cina yang jutawan — ada juga rakyat keturunan India dan keturunan Melayu yang sudah menjadi kaya-raya.
Namun pada masa yang sama, saya tidak boleh melupai kisah rakan-rakan sekolah saya dari kampung setinggan. Budak-budak seumur saya, semasa Hari Raya Aidilfitri, rela mengambil shift malam di McDonald’s supaya boleh menyara keluarga-keluarga mereka.
Kemiskinan inilah suatu masalah yang ketara dan ternyata — saya boleh memahami kenapa ramai anak Melayu bersimpati dengan perjuangan Perkasa.
Tetapi saya tiada kepercayaan dalam Perkasa ataupun Umno untuk menyelesaikan masalah ini. Kedua-duanya enggan berdialog dengan suku-suku masyarakat yang lain. Retorik mereka yang berpolemik belaka hanya memperosotkan jurang kesefahaman yang sudah cukup luas di antara suku masyarakat Melayu dan suku masyarakat bukan Melayu.
Sebalik daripada menjangkau agar membuat rakyat keturunan bukan Melayu lebih prihatin kepada masalah-masalah rakyat keturunan Melayu, Perkasa dan Umno hanya bertumpu pada konsep “Ketuanan Melayu”.
Betul, AP dan kuota mungkin boleh melambangkan suatu ketuanan. Tetapi apalah maknanya kuota dan subsidi ini kalau rakyat jelata di kampung setinggan dan kampung nelayan tidak mampu pun untuk mengambil kesempatan “ketuanan” ini?
Kuota dan subsidi ini mungkin bermanfaat kepada mereka yang sudah berkaya-raya dan berkuasa, seperti Ibrahim Ali ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kepada rakyat marhaen seperti Ali dan Ahmad, macam mana?
Sebagai seorang rakyat keturunan bukan Melayu yang mempunyai kawan-kawan daripada latar-latar belakang yang cukup majmuk, amat kecewalah saya melihat keadaan di negara kita sekarang.
Zaman persekolahan saya, rakan paling baik saya terdiri daripada budak dari kampung setinggan — keturunan Melayu ada, keturunan Indonesia ada, keturunan Cina ada, keturunan Indonesia pun ada. Tetapi nampaknya Umno dan Perkasa hanya berminat pada menjerit “Ketuanan Melayu” — apalah guna kuota dan subsidi “ketuanan” ini untuk rakan-rakan sekolah saya?
Saya sudah hilang sebarang keyakinan dalam pemimpin-pemimpin kita daripada Umno dan Barisan Nasional. Sebelum ini, kita masih mampu bekerjasama dan bertolak ansur — lihatlah cara nenek moyang kita bergotong-royong demi kemerdekaan, dan bersama-sama melawan ancaman komunis dan Konfrontasi.
Pada masa itu, kita masih mempunyai pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Ismail, yang mampu berdialog dengan semua suku masyarakat. Sesiapa rakyat pun, tidak kira keturunan apa, pada masa itu berkeyakinan dan berkepercayaan penuh dalam pemimpin-pemimpin ini.
Tetapi hari ini pula? Kalau ada rakyat keturunan Cina yang bermasalah, mereka pergi ke MCA. Rakyat keturunan India pula pergi ke MIC. Rakyat keturunan Melayu pergi ke Umno. Falsafah pemimpinan yang berdasarkan pada kepercayaan dan keyakinan di antara semua suku-suku masyarakat sudah hilang.
Inilah dicerminkan dalam media kita. Apabila rakyat keturunan bukan Melayu membaca Utusan, kami jarang rela membuka minda kami, dan mengiktiraf masalah-masalah dan aduan-aduan suku masyarakat Melayu.
Pada masa yang sama, berapa di kalangan suku masyarakat Melayu yang memahami kekecewaan kami yang berketurunan bukan Melayu? Kami juga warganegara dan rakyat Malaysia, sama seperti dengan mana-mana anak Melayu — tetapi selalulah kami diberitahu “kalau you tak suka, boleh keluar dari Malaysia”.
Beranikah sesiapa sampai memberi cabaran yang sama kepada seorang rakyat atau ahli politik yang berketurunan Melayu?
Kita semua mesti rela dan berdaya untuk bukan sahaja berkompromi, tetapi memahami pendapat dan perasaan satu sama lain. Walaupun saya tidak bersetujui langsung dengan retorik Perkasa, saya cukup bersimpati dengan penyokongnya, kerana saya tahulah keadaan hidup rakyat jelata. Saya cuma berharap para penyokong Perkasa dan pembaca Utusan juga dapat memahami keadaan yang ramai rakyat keturunan bukan Melayu menghadapi.
Di Borneo, masih ramai yang hidup di kampung tanpa klinik, sekolah, elektrik, dan paip air. Di Semenanjung, bukan sahaja rakyat di kampung nelayan dan petani yang sengsara — turun padang dan tengoklah cara hidup rakyat yang tinggal di Kampung-Kampung Baru ataupun di estet. Kita semua anak Malaysia. Marilah kita berhidup dan berhubung dengan satu sama lain seperti saudara-saudari, dan bukan seperti musuh bertengkaran.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment