Anak Luar Nikah Dan Kepemimpinan Negara
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah pun mengisytiharkan negara ini sedang menghadapi krisis moral yang amat parah. Baginda menjadikan perangkaan kes anak luar nikah yang mening-kat saban tahun sebagai ukuran betapa kalutnya persoalan moral rakyat Malaysia hari ini. Baginda bertitah dari tahun 2000 hingga Julai 2008, Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan 257,000 sijil kelahiran tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna purata 2,500 anak luar nikah dicatatkan setiap bulan atau 84 kes sehari.
Kita percaya perangkaan yang ditukil oleh baginda adalah betul. Malah, jumlahnya mungkin lebih besar daripada itu kerana kita percaya banyak lagi kes anak luar nikah yang langsung didaftarkan.
Sesungguhnya kita percaya jika diambil kira arah tuju negara hari ini, bukan mustahil perangkaan baginda itu adalah satu realiti. Kita juga berpendapat bahawa fenomena ini yang bertali arus hingga meningkatnya kes buang bayi adalah cerminan kesihatan mental dan moral negara ini.
Namun tidak mungkin ada asap tanpa api. Yang perlu dipastikan apakah dan dari manakah asal api ini?
Para pemimpin negara, terutama yang beragama Islam tentu pernah diingatkan bahawa rakyat itu mengikut agama pemerintahnya. Bagi Parti Umno yang kini berbangga dengan rekrut ulama mudanya tentu pernah menemui pesanan ini ketika mentelaah kitab-kitab agama yang melayakkan mereka digelar ulama. Lantas kita ingin menekankan bahawa fenomena anak luar nikah dan buang bayi ini adalah rentetan daripada cara, arah dan acuan masyarakat yang dibina oleh pemerintah.
Lumrahnya, fenomena memalukan begini membabitkan generasi muda yang kurang pan-duan agama dan hidup dalam satu struktur masyarakat yang dibentuk oleh pemerintah melalui sistem pendidikan, ekonomi dan sosialnya. Jika longgar ikatan dan pantauan jaringan sosialnya, sudah pasti generasi yang dicerna adalah merupakan generasi yang longgar akhlak dan pegangan agamanya.
Perkara ini tidak menghairan-kan. Jika diperhatikan di segi kepemimpinan politik, memang ke arah itulah masyarakat Malaysia ini digembala. Keruntuhan moral cuma boleh berlaku dalam masyarakat yang rapuh pegangan agama, moral dan juga ketulusan pimpinannya. Kita katakan demikian kerana hari ini soal ketulusan dan kejujuran bukanlah jenama yang sinonim dengan kepimpinan ne-gara. Kita boleh perhatikan betapa pemimpin kerap berdolak-dalik dalam membuat keputusan dan memberi pengarahan kepada masa depan rakyat.
Memang banyak yang belum langsai dalam soal pembentukan bangsa dan rakyat yang seimbang nilai moral dan fizikalnya dan materi. Ini semua adalah natijah tindak-tanduk pemimpin yang menjadi cermin masyarakat. Perhatikan sahaja sistem pendidikan negara yang sering berubah bukan ke arah yang lebih mantap tetapi sebalik ke lembah kecela-ruan. Soal bahasa pengantar, soal sukatan dan ukuran pengajaran serta pembelajaran masih belum terlerai meskipun negara sudah lebih setengah kurun merdeka.
Pada suatu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin negara sering membandingkan pencapaian negara kita dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan kita tetapi masih belum mampu mencatat kemajuan dan pembangunan se-taraf kita.
Bagaimanapun apabila pecah khabar berhubung krisis moral negara dari titah seorang putera raja, maka perlulah kita mempertimbang semula sama apa yang dikatakan kemajuan dan pembangunan yang dicapai selama ini berbaloi atau sebaliknya.
Memang kita idamkan hidup dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Bagaimanapun dalam menuju ke arah itu, kita seharusnya waspada supaya setiap langkah yang diatur tidak membelakangkan persoalan nilai dan moral. Apabila ada pemimpin yang bercakap berdolak-dalik kerana mengira bahawa setiap media akan menyerongkan ucapannya sebagai kebenaran, maka inilah akibatnya – nilai moral rakyat akan menjadi longgar kerana pembohongan disangka boleh ditutup dengan menutup mulut media.
Kita memilih untuk menyatakan kebenaran. Kita percaya yang mencemburui pegangan dan amalan kita adalah pihak yang memang lazim dengan industri pembohongan.
Dalam sistem media di negara ini sistem media bermula daripada pimpinan politik negara.
Natijahnya soal nilai dan akhlak tidak menjadi keutamaan. Apabila negara dibangun dengan pembohongan, rasuah dan salah guna kuasa maka natijahnya ialah jiwa dan moral rakyat akan runtuh.
Kes anak luar nikah yang bertambah adalah secalit masalah yang moral yang sedang dihadapi negara yang berpaksikan co-rak pemimpin yang ada. negara menghadapi bukan sahaja krisis moral, ia juga dilanda krisis kepercayaan. Selamatkan Malaysia.
Harapan masih ada.

No comments
Post a Comment