Wami Kutuk Tindakan KDN Politikkan Isu Permit Penerbitan Akhbar Pakatan Rakyat
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 28 Julai - Writers' Alliance for Media Independence (Wami) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan tidak memperbaharui atau melengah-lengahkan permit penerbitan tiga organ rasmi milik pembangkang iaitu Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket.
Sehingga ke hari ini, hanya permit Harakah sahaja yang diperbaharui.
Pengerusi Wami, Wong Chin Huat dalam satu kenyataan media semalam berkata negara seperti Malaysia yang mengamalkan prinsip demokrasi sepatutnya memberikan kebebasan kepada rakyat untuk memilih bahan bacaan mereka dan tidak sepatutnya lidah rasmi parti pembangkang disekat dan tidak dibenarkan dijual kepada umum melainkan untuk ahli parti sahaja.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menegaskan lidah rasmi parti pembangkang mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan diarah menghadkan penjualannya kepada ahli parti sahaja menunjukkan ketiga-tiga akhbar rasmi pembangkang itu sangat popular dan melangkaui jangkaan.
"Mengapa kerajaan Umno-Barisan Nasional melarang bukan ahli untuk menggunakan wang yang didapati hasil titik peluh sendiri membeli akhbar yang memberikan pandangan dari sudut pembangkang? jawapannya sangat mudah - kesemua media arus perdana sekarang ini telah dikawal penuh oleh kerajaan telah ditapis dan hakmilik menyebabkan ianya terpaksa mematuhi undang-undang sekatan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Ahli politik pembangkang bukan sahaja tidak diberikan ruang untuk menjawab tuduhan dan tohmahan milik kerajaan seperti Utusan Malaysia, mereka juga tidak berpeluang untuk muncul di kaca televisyen dan stesen radio," kata Chin Huat.
Pada masa yang sama, Wami juga melahirkan kebimbangannya berhubung kenyataan menteri dalam negeri yang mahukan menubuhkan Jawatankuasa Kebenaran untuk menghentikan penyebaran berita palsu.
Perkembangan itu menunjukkan penubuhan jawatankuasa seperti ini akan menjadi satu lagi alat Umno-BN untuk mengawal media.
"Wami meminta supaya rakyat malaysia bangkit dan memprotes percubaan kerajaan Umno-BN yang cuba menghalang penerbitan tiga organ parti milik Pakatan Rakyat. Percubaan ini bukan sahaja menunjukkan diskriminasi terhadap parti pembangkang, apa yang penting adalah tindakan itu menunjukkan kerajaan Umno-BN memperkecilkan hak rakyat untuk mengetahui perkembangan yang sebenar.
"Seluruh rakyat Malaysia hendaklah menekankan proses reformasi yang komprehensif undang-undang media, terutamanya yang berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Kami mendesak anggota masyarakat menulis surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri meminta supaya menarik balik sekatan terhadap ketiga-tiga organ parti tersebut. Kerajaan Umno-BN sepatutnya belajar dan mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor, yang pertama membentangkan mengubal Akta Kebebasan Maklumat," kata beliau lagi.

No comments
Post a Comment