Pemukiman PKR sokong penuh pentadbiran Khalid
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Rapat Anggota Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung 24 dan 25 Julai lalu antara lain merumuskan akan terus memberi sokongan padu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mentadbir negeri itu dengan baik.
Selain itu, mereka juga memutuskan supaya Kerajaan Negeri Selangor memperhebat program penerangan menjelaskan kejayaan yang telah dicapai dibawah Pakatan Rakyat negeri itu dan tidak perlu lagi untuk berasa rendah diri.
Pengarah Strategi PKR, Tian Chua (gambar) ketika menjelaskan perkara itu berkata, Selangor tidak boleh lagi untuk terus defensif memandangkan Umno tidak putus-putus menyerang mereka termasuk terbaru berhubung isu pasir.
"Selama ini kita dilihat defensif, Datuk Menteri Besar selalu berendah diri dan low profile, kita tak serang Umno sangat.
"Sekarang kalau saya boleh katakan, Umno sudah sampai tahap 'kurang ajar', kita kena serang balik mereka," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi pagi ini.
Anggota Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) berkampung di Port Dickson Sabtu dan Ahad lalu bagi membincangkan halatuju parti dan memperkemas program yang kan dilaksanakan mereka.
Selain sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang, ianya juga sebagi medan merapatkan hubungan antara semua ahli MPP.
Menurut Tian lagi, pemukiman dua hari itu juga turut membincangkan isu kualiti ahli PKR yang terpalit dengan lompat parti.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, antara faktor yang dikesan termasukklah akibat kurang penghayatan dan kefahaman terhadap perjuangan parti sehingga komitmen ahli merosot.
Beberapa pendekatan ujarnya sedang dirangka bagi mengatasi masalah tersebut.
"Kita bukan lagi melihat kuantiti yang besar, tapi kualiti yang kita utamakan.
"Sejak PKR ditubuhkan, kita tidak putus-putus berdepan cabaran sehingga belum ada masa untuk menumpukan kepada proses penghayatan matlamat perjuangan parti kepada ahli,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu.
Dengan keahlian semakin ramai, PKR jelasnya, wajar memberi perhatian kepada proses pengukuhan itu supaya ahli memahami prinsip perjuangan PKR.
Selain itu, pemukiman itu juga turut merumuskan pendekatan PKR terhadap golongan terpinggir dan luar bandar termasuk peneroka Felda, Orang Asal, Sabah dan Sarawak.
Berhubung imej PKR, mereka juga, kata Tian sedang membuat analisis terhadap persepsi masyarakat awam dan sedang merangka kaedah penyelesaian.
Bagaimanapun, program tersebut dilihat banyak tertumpu kepada aspek pembinaan sahsiah diri, kerja-kerja penerangan, memperkukuh organisasi dan keanggotaan berdepan PRU ke-13 nanti.

No comments
Post a Comment