Jangan biar Umno manipulasi perbezaan pendapat
Ahmad Fadhli Alias
Dalam menangani serangan yang bertubi-tubi dan fitnah yang melimpah ruah dari Umno dan BN, maka Pakatan Rakyat (PR) hendaklah bijak merangka strategi bagaimana untuk menjadikan segala peluru yang ditembak dan parang yang dihunuskan oleh Umno dan BN itu agar menjadi senjata yang memakan tuan. Sebagaimana yang kita tahu Umno sekarang berada di dalam keadaan yang sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa politik mereka. Maka sudah tentulah mereka akan memperlipat gandakan usaha demi untuk mencapai cita-cita politik mereka tanpa memperdulikan dosa pahala atau pun halal haram.
Bagi Umno matlamat boleh menghalalkan cara. Kita di pihak Pakatan Rakyat hendaklah tidak termasuk ke dalam perangkap dan jerat yang dipasang oleh Umno. Kaedah break and rule atau pun pecah dan perintah memang telah menjadi salah satu senjata yang digunakan oleh Umno selama ini untuk memusnahkan kekuatan musuh politiknya.
Atas sebab itulah akhir-akhir ini mereka mula memperkatakan kembali tentang penyatuan bangsa Melayu dan kepentingan Islam di tanah air. Yang menjadi persoalannya kenapakah mereka hanya berminat untuk bersatu hanya dengan PAS? Bukankah terdapat ramai juga Melayu di dalam PKR? Kenapakah mereka tidak berminat untuk mengajak PKR untuk bersatu sedangkan boleh dikatakan Melayu di dalam PKR majoritinya adalah terdiri dari bekas ahli-ahli Umno termaksuklah Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Di sini kita dapat melihat yang niat sebenar mereka hanyalah untuk menghuru-harakan dan memporak-porandakan kerjasama erat antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Umno ingin membenihkan perasaan curiga sesama parti di dalam PR agar kerjasama yang dipertahankan selama ini menjadi goyah.
Saya amat berharap PAS tidak terperangkap di sebalik isu pertemuan Datuk Dr. Hasan Ali dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani. Adalah diharapkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak mudah melatah dengan isu ini kerana ianya hanya akan menguntungkan Umno. Ini adalah sebahagian dari perangkap mereka. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati janganlah kita mensensasikan isu ini yang mana ianya akan merugikan kita dari segi political milage.
Persoalan ini hendaklah dibincang secara tertutup demi kepentingan parti. Bukan hanya sekadar isu ini sahaja malah apa apa isu yang mungkin akan dimanipulasikan oleh Umno hendaklah kita elakkan dari dibincang secara terbuka. Sebarang perbezaan pendapat hendaklah dibincangkan secara tertutup agar pihak musuh tidak akan mengambil kesempatan yang boleh merugikan kita dari segi politik. Di sini kadang terdapat kelemahan sesetengah pemimpin kita yang terlalu bersifat untuk mempertahankan pendapat masing-masing sehingga membenarkan musuh menggunakan isu perbezaan pendapat ini mendapat keuntungan politik.
Kita hendaklah sedar bahawa pengundi di luar sana terdiri dari pelbagai golongan umur, latar belakang pendidikan dan bangsa. Tidak semua pengundi yang bijak membaca keadaan permainan politik. Maka pihak yang berjaya menggunakan isu, contohnya perbezaan pendapat mungkin akan dilihat oleh golongan yang kurang cerdik politik sebagai satu perpecahan ataupun tiada permuafakatan antara sesama pemimpin. Golongan ini biasanya mudah dipengaruhi oleh sentimen- sentimen semasa. Jadi kita harus bijak menguruskan perbezaan pendapat agar ianya tidak diambil kesempatan oleh musuh untuk terus menembak kita dengan meriam yang lebih besar.
Ahmad Fadhli Alias,
Al-Nahda, Dubai, UAE.

No comments
Post a Comment