Pengasas ESQ: ‘Saya bukan liberal, saya orang Islam pandukan al-Quran’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Sambil menegaskan tidak mengamalkan liberalisme menerusi program motivasi, pengasas ESQ Dr Ary Ginanjar Agustian masih meletakkan harapan untuk bermuzakarah dengan Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjelaskan 10 dakwaan dalam fatwa yang mengharamkan modulnya.
Ary Ginanjar yang kini berada di ibu negara memberitahu, pertemuan dengan Datuk Wan Zahidi Wan Teh perlu bagi menjelaskan perkara sebenar tentang pengharaman itu.
“Saya memang berharap agak dapat bermuzakarah dengan beliau (Wan Zahidi) supaya dapat jelaskan secara terperinci tentang 10 dakwaan tersebut.
“Saya menghormati beliau tapi saya lebih menghormati lagi kalau saya diberi kesempatan untuk muzakarah, jelaskan secara berdepan dengan beliau tentang masalah,” katanya.
“Apa pun ia adalah hak Mufti Wilayah dan saya hormati keputusan itu tapi saya perlu bermuzakarah dengannya sehingga 10 dakwaan itu dapat dijelaskan satu persatu,” kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di Ampang dekat sini.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dirinya liberal dan mengamalkan pluralisme.
“Saya adalah orang Islam dan saya berpandukan kepada al-Quran. Itu adalah persepsi, kalau sudah jumpa saya, lihat kehidupan saya akan tahu,” kata beliau.
“Saya solat lima waktu, haji sudah tiga kali, solat tidak pernah tinggal dan saya baca Al-Quran. Ini jelas saya bukan pluralisme dan liberal,” katanya sambil menambah, “kalau liberal ini semua agama sama”.
“Jadi tidak mungkin saya pluralisme dan liberal,” tegasnya.
Pertengahan bulan lalu, Wan Zahidi mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ dengan menegaskan kandungan modul syarikat yang berpusat di Indonesia itu sarat dengan metode dan fikiran liberal, yang bertentangan dengan Islam.
“Lebih bahaya lagi apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama.
“Oleh itu, ia perlu disekat sebelum merebak menjadi ‘barah’, yang bakal merosakkan akidah dan syariah dan sukar dikawal lagi,” kata beliau dalam kertas kerja kajiannya bertajuk “Gerakan Islam Liberal Indonesia dan Kaitannya dengan ESQ”.
Program ESQ, yang wujud sejak satu dekad lalu, diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bulan lalu kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme dan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Bagaimanapun dua mufti — Tan Sri Harussani Zakaria dan Datuk Hassan Ahmad, masing-masing dari Perak dan Pulau Pinang, yang pernah menyertai program motivasi anjuran ESQ Leadership Center memberitahu bahawa modul syarikat itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan akidah, malah memberi kesan positif kepada peserta-peserta.
Setelah 10 tahun beroperasi, sejak 16 Mei 2000, sehingga kini jumlah alumni ESQ telah mencapai lebih 850,000 termasuk di Malaysia. Operasi di Malaysia bermula sejak 2006.
Kertas kerja Wan Zahidi ini dikeluarkan ketika muncul kontroversi berhubung fatwanya yang mengharamkan program motivasi ESQ. Fatwa itu dikeluarkan bulan lalu.
Dalam kertas kerjanya setebal 44 muka itu, beliau berkata, gerakan Islam liberal adalah usaha halus untuk mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka tanpa disedari, dan ia dilakukan atas nama Islam.
Dengan kata lain jelas Wan Zahidi, ia adalah program pemurtadan yang terancang dan sistematik dilaksanakan melalui platform intelektual, ilmiah dan akademik.
“Gerakan ini didalangi oleh kuasa asing yang ingin meruntuhkan Islam khususnya Yahudi,” katanya lagi.
Ary Ginanjar bagaimanapun menegaskan segala yang ditekankan dalam kursus motivasi ESQ adalah berlandaskan al-Quran.
“Al-Quran adalah rujukan utama ESQ sebab itu kita amalkan konsep 165 iaitu satu ihsan, enam rukan iman dan lima rukun Islam. Semuanya adalah daripada ajaran Islam tiada yang lain.
“Mungkin ada yang salah tafsir apabila saya gunakan perkataan ‘spiritual’ sebenarnya ia adalah fitrah ataupun suara hati yang mejadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman.
“Lagipun ESQ ini hanya kursus sumber manusia yang menerapkan nilai-nilai murni berpandukan ajaran Islam dan diapliasikan dalam kehidupan seharian termasuk pekerjaan,” katanya.
Turut hadir sidang media itu Pengarah ESQ cawangan Malaysia Mohammed Razib Abu Bakar, Pengurus Besar ESQ Marhaini Yusoff dan Pengerusi Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman.

1 comment
diam & terfikir selepas membaca artikel ini: kenapa esq haram sedangkan judi halal?
puteri seroja
Post a Comment