Argentina v Jerman: Pertarungan Berkuasa Tinggi
Kejohanan Bolasepak Piala Dunia
CAPE TOWN: Argentina dan Jerman memulakan kempen Piala Dunia dengan diselubungi pelbagai keraguan tentang prospek masing-masing tetapi mereka bertemu hari ini di peringkat suku akhir dengan mempamerkan prestasi yang baik, berpeluang beraksi ke perlawanan akhir.
Perang mulut meletus menjelang pertemuan jam 10.00 malam ini di sini, pemain-pemain Jerman menuduh para pemain Argentina sebagai kurang adab dan Diego Maradona berbicara tentang hasrat membalas dendam berikutan kekalahan pada peringkat yang sama empat tahun lalu.
Namun apabila pasukannya dibelasah 1-6 oleh Bolivia dan tewas di tempat sendiri dan di tempat lawan ketika menentang Brazil dan Paraguay, para penyokong tidak yakin Argentina dapat layak ke Piala Dunia dan Maradona dikritik berhubung pemilihan para pemain.
Argentina akhirnya melangkah masuk ke Piala Dunia dan setelah dikuasai permainan oleh Sepanyol dalam satu perlawanan persahabatan November lalu, tidak ramai yang menganggap mereka mempunyai peluang merangkul kejuaraan di Afrika Selatan.
Meskipun demikian, mungkin kerana dibimbing oleh pemain yang ikonik Maradona, mereka telah mencatat sembilan kemenangan berterusan untuk muncul sebagai sebuah pasukan yang semua orang ingin hindari.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Oliver Bierhoff mengakui para pemain muda Jerman memeranjatkan para jurulatih dengan mengenepikan rasa kehilangan para pemain veteran untuk layak di peringkat suku akhir.
Skuad muda Jerman
Jurulatih Joachim Loew membawa skuad yang muda dengan usia purata di bawah 25 tahun ke Afrika Selatan. Persiapannya terganggu akibat kecederaan kepada para pemain utama, termasuk kapten Michael Ballack, yang tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan.
Bintang Chelsea Ballack mengalami kecederaan di buku lali manakala penjaga gol utama Rene Adler dan pemain pertahanan Heiko Westermann juga tersingkir dari skuad.
Midfielder Christian Traesch juga mengalami kecederaan di buku lali manakala Simon Rolfes mengalami kecederaan lutut sejak Januari lalu, menafikan peluangnya untuk dipilih.
Tetapi kata Bierhoff, senarai pemain muda dewasa ini termasuk Thomas Mueller, Mesut Ozli, Manuel Neuer dan Jerome Boateng mula bersinar dari pasukan di bawah 21 tahun untuk merebut peluang dengan pemain-pemain senior.
Xavi, Iniesta kembali cemerlang untuk Sepanyol
Juara Eropah Sepanyol kembali mempersembahkan permainan yang baik ketika menewaskan Portugal 1-0 di pusingan kedua, menunjukkan pakar hantaran bola, Xavi dan Andrea Iniesta kembali pada tahap kecemerlangan.
Ini memberi isyarat amaran, bukan sahaja kepada pasukan Paraguay menjelang perlawanan di antara mereka di peringkat suku akhir jam 2.30 awal pagi nanti tetapi juga kepada pasukan-pasukan lain yang masih bertanding.
Dalam perlawanan suku akhir lain semalam di Port Elizabeth, juara dunia lima kali Brazil tewas mengejut 1-2 kepada Belanda berikutan tandukan kemenangan midfielder Wesley Sneijder pada minit ke 68.
Brazil, yang diramalkan menjuarai Piala Dunia ini, mendahului 1-0 hasil jaringan striker Robinho seawal minit ke 10 tetapi dapat disamakan kedudukan 1-1 oleh kesilapan pemain pertahanan Brazil Felipe Melo, yang menguis bola tandukan masuk ke gawang sendiri.
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir pagi tadi, Ghana tewas 2-4 kepada Uruguay melalui tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

No comments
Post a Comment