perhimpunan kempen anti judi di masjid negara
Salam Palestin,
Saya bertuah kerana dapat turut sama menyertai perhimpunan kempen anti judi – semua jenis judi – bersama ribuan rakyat Malaysia terutama anak – anak muda di perkarangan Masjid Negara petang semalam anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang disertai oleh lebih 60 NGO dan parti – parti politik negara.
Hampir 10 orang pimpinan diketuai cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, selaku pengerusi GMJ dan ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, ketua pemuda PAS Pusat telah memberikan ucapan penuh semangat yang menggambarkan kehendak dan rasa hati rakyat Malaysia pelbagai kaum dan ugama yang mahukan kerajaan bertegas mengharamkan industri judi yang telah merencatkan, malah menjahanamkan pembangunan negara dan keharmoniannya.
Antara yang menyentuh hati saya ialah ucapan ringkas saudara Suhaizan Kaiat, setiausaha GMJ yang menyifatkan perhimpunan tersebut adalah impian yang ditunggu – tunggu oleh para isteri dan anak – anak yang menjadi mangsa pukulan, belasahan dan deraan para suami dan ayah yang ketagihan judi yang menjadikan mereka sebagai mangsa melepaskan kekecewaan dan kegilaan berjudi.
Judi adalah najis. Najis adalah tahi, tegas Ustaz Norazli Taliban yang mengikat katanya dengan ayat al Quran yang menamakan arak, judi dan semua aktiviti menikam nasib sebagai najis yang menjadi lubang besar tempat syaitan berkubang. Adalah memalukan kita umat Islam yang terpaksa melancarkan kempen khas dan bersungguh – sungguh semata – mata untuk mengajak rakyat, apa lagi kerajaan sendiri daripada bermain – main dengan tahi. Kerajaan yang menganjurkan dan membenarkan judi adalah kerajaan tahi!
Semua tahu bahawa selain judi, dadah, arak, zina dan riba adalah aktiviti yang menjahanamkan negara dan masyarakat. Tiada siapa yang enggan mengakuinya kecuali dia adalah bebal, degil dan iblisi otak dan akalnya. Kerajaan kita turut mengakui hakikat ini. Malangnya hanya tindakan yang memisahkan mereka daripada kehendak dan kemahuan rakyat yang lebih ikhlas dan tekad.
Dadah dan arak merosakkan akal. Judi dan riba merosakkan harta, manakala zina merosakkan keturunan dan maruah manusia. Daripadanya nyawa, malah ugama akan melayang. Agama Islam diturunkan dengan hukum syariah yang berperanan untuk menjaga kemaslahatan ugama, nyawa, akal, harta, maruah dan keturunan. Syariah Islam menjadikan segala aktiviti buruk di atas sebagai kepala – kepala maksiat yang berperanan besar meruntuhkan kemanusian dan ugama.
Anda harus bertanya, mengapa kerajaan hanya mampu mengisytiharkan dadah sebagai najis? Kemudian mengisytiharkannya sebagai musuh nombor 1 negara ini?
Tidakkah arak juga membunuh sebagaimana dadah? Begitu juga judi, zina dan riba. Kemalangan dan kematian di jalan raya berkait rapat dengan pengambilan alkohol? Bunuh diri disebabkan gagal berjudi? Bunuh bayi disebabkan zina? Pembunuhan tragis oleh along disebabkan riba yang bertambunan?? Tidakkah semua itu adalah isu dan gejala buruk yang sedang menghantui negara yang sukar dibendung?
Mengapa kerajaan hanya membeliak mata melihat dadah, tetapi memejam rapat dan membuta terhadap arak, judi, zina dan riba?
Mari menilai dan meneliti 3 faktor di bawah, lalu anda akan tahu mengapa rantaian nifaq dan sifat talam dua muka sedang membelit penyelesaian penuh pembohongan oleh kerajaan kita;
Pertama, kerana dadah telah dinafikan daripada menjadi hasil mahsul negara oleh masyarakat antarabangsa. Seluruh dunia menerima bahawa aktiviti dadah besar – besaran mampu mencabar dan memporak perandakan kerajaan yang memerintah, bukan akan membantu menguatkannya.
Justeru mengharamkan dadah adalah untuk menyelamatkan pemerintah semasa di peringkat yang pertama berbanding untuk menyelamatkan rakyat. Hanya slogan yang dipilih bahawa ia adalah musuh nombor 1 rakyat, walaupun hakikatnya ia adalah musuh nombor 1 pemerintah semasa!
Sama seperti komunis dulu. Ia dicanang sebagai musuh rakyat. Benar, tetapi yang lebih benar, ia adalah musuh pemerintah semasa yang takut digulingkan. Maka komunis dicincang sehancurnya. Kerajaan selamat daripada komunis, manakala rakyat kekal tidak selamat di bawah kerajaan yang semakin berkuku besi.
Samalah juga halnya Pakatan Rakyat yang sedang mendekati Putra jaya hari ini. Ia cuba dijadikan musuh utama rakyat, kalaulah mereka mampu. Malangnya rakyat semakin bersama Pakatan Rakyat. Mereka gagal meyakinkan rakyat. Justeru kuku mereka mula menumpul dan sukar sekali diasah menjadi tajam.
Adapun arak, judi, zina dan riba maka ia adalah sebaliknya. Hasil mahsulnyanya adalah sah ddan iterima masyarakat antarabangsa hari ini kerana begitulah dorongan seluruh kerajaan dunia yang memerintah. Kehasilannya tidak menggugat negara malah dengannya mereka menjajah ranyat dan mencandui mereka agar lalai dan bergantung kepada kerajaan yang memerintah.
Kotornya industri arak, zina, judi dan riba sedikitpun tidak mampu dikekang. Mengapa? Kerana kerajaan sendiri yang menjaga dan menyuburkannya. Jika begitu, bagaimana suara kecil rakyat yang sedar dan insaf mampu didengari?
Kedua, kerana dadah bukan makanan dan kebanggaan orang – orang kaya, ternama dan pencatur politik di dalam negara. Dadah adalah makanan orang yang putus asa, malas dan paling melata di kalangan golongan miskin. Bahkan ia adalah senjata untuk membunuh rakyat.
Adapun arak, riba, judi dan perempuan, ia adalah lambang kebanggaan, kebesaran dan kedudukan golongan ternama dan VIP dunia. Lihat saja arak yang mahal – mahal terhidang di majlis – majlis keegoan. Apatah wanita – wanita penjamu nafsu serakah golongan atasan. Industri judi dikuasai golonga kaya dan berhati binatang manakala riba terus melata mengangkat golongan kapitalis memeras dan memerah peluh dan air mata rakyat marhain.
Justeru bagaimana anda boleh membayangkan kerajaan mampu membendung dan menyekat industri buruk ini sedang mereka terpaksa berdepan golongan kaya yang telah mengangkat mereka untuk menaiki takhta pemerintahan. Atau lebih sinis, bagaimana dibayangkan kerajaan mampu mengharamkan industri buruk ini sedang mereka terpaksa melawan kehendak mereka sendiri?
Tidakkah kerajaan seluruh dunia hari ini adalah kerajaaan syirik yang menyembah nafsu dan manusia sendiri?
Paling menakjubkan adalah faktor yang ketiga! Dadah tiada dalam al Quran sedangkan judi, arak, riba dan zina disebut terang – terangan di dalamnya. Apa yang tidak disebut di dalam al Quran, ia menjadi begitu penting dan besar! Apa yang disebut secara jelas di dalamnya, maka ia menjadi tidak penting pula!
Bayangkan bagaimana apabila manusia bermain di kubang syaitan, mereka dibutakan, dipekakkan dan dibengangkan daripada melihat al Quran walaupun mereka membacanya. Nah, anda lihat kerajaan kita menamakan dadah sebagai najis sedang Allah menamakan arak dan judi sebagai najis. Arak masih menjadi minuman hidangan kerajaan di dalam penerbangan MAS untuk rakyatnya! Sungguh menyayatkan..
Lihat bagaimana syaitan iblis menterbalikkan kefahaman hamba – hambanya untuk terus membelakangi al Quran.
Ingat, hanya manusia yang beriman akan kekal beriman bahawa apa yang besar di sisi Allah maka besarlah ia di sisi mereka. Begitulah sebaliknya.
Setelah anda memahami fakta di atas bahawa penyelesaian yang dicari untuk menyekat industri dan budaya berjudi ( juga arak, zina dan riba ) adalah buntu, bersifat nifaq, olok – olok dan hanyalah tarik tali kerajaan untuk mengabui mata rakyat sedangkan mereka tidak dapat tidak kecuali mempertahankannya demi survival mereka sendiri, sekarang mari saya tunjukkan anda kepada sesuatu yang lebih mengakar dan mendasar dalam memahami kemelut penyelesaian di atas. Hasilnya anda akan melihat satu penyelesaian yang tuntas dan berisi sekali.
Senjata utama syaitan adalah putus asa. Apabila putus asa menerobos masuk ke dalam jiwa anak Adam, maka syaitan akan berpesta sakan kerana dengannya segala kejahatan akan menerpa masuk dan memunahkan iman.
Bunuh diri adalah kemuncak putus asa. Manusia dimomok dirinya adalah sial, hina dan tiada lagi harga dan nilai, lalu ia membunuh diri sendiri. Bunuh diri adalah semudah cara syaitan menghantar manusia ke lubang neraka dan kemurkaan Allah. Bagaimana Allah boleh memaafkan orang yang langsung tidak mengerti penciptaan agung dan hebatNya terhadap makhluk bernama mausia?
Putus asa seterusnya adalah putus asa terhadap rahmat Allah. Syaitan mendorong manusia untuk merasai kedagangan diri dan jauhnya mereka daripada Allah dan rahmatNya. Lalu hilang daripada mereka kehadiran rahmat, taubat, keampunan dan cinta Allah. Hasilnya mereka putus asa untuk kembali kepada Allah.
Terbentanglah sebab – sebab remeh dan memalukan yang disusun untuk menjadi alasan untuk tidak kembali kepada Allah.
Tanya mereka, mengapa enggan masuk Islam? Perhatikan jawaban mereka; 1) Tak boleh makan babi, sedangkan Allah hidangkan mereka ribuan lagi yang boleh dimakan! 2) Enggan bertudung, sedangkan bertudung hanyalah pakaian tambahan terhadap apa yang mereka telah pakai! Bukan kelambu, saji, bakul dan kesusahan yang perlu dipikul tanggung! 3) Payah solat 5 waktu, sedangkan mereka masih ada 23 jam lagi untuk meneruskan kehidupan dan banyak lagi kepayahan yang lebih besar yang sanggup pula mereka lakukan. 4) Umat Islam sendiri pemalas dan jahat, sedangkan kejahatan mereka itu takkan mampu mengambus kebaikan dan tuah syahadah yang dia lafazkan. Juga, kejahatan wujud di mana – mana di dunia ini, bukan hanya berlegar di kalangan umat Islam sahaja. Juga, mengapa memandang kepada keburukan jelata, sedang Islam dipenuhi contoh – contoh penganutnya yang berakhlak mulia melampaui keajaiban di kalangan ulama dan ilmuannya!
Setelah anda memahami penyakit putus asa sepintas di atas, mari saya tunjukkan bagaimana tindakan, atau katakan penyelesaian yang dicanangkan kerajaan Malaysia untuk membendung kejahatan judi, juga zina, arak dan riba hanya bersifat syaitani yang menghulurkan talian putus asa di hati sanubari pemerintah hari ini.
Mereka hilang keyakinan dan putus asa untuk mengharamkan barah – barah tersebut kerana takut: 1) Hilang punca pendapatan. 2) Hilang sokongan dunia kuffar. 3) Hilang kekuatan diri dan sokongan orang – orang kaya. 4) Dianggap tidak bertamadun. 5) Dilabel fundamentalis atau pengganas.
Itulah otak dan idea syaitan! Tidakkah Allah menjanjikan kekayaanyang melimpah ruah buat penegak amar makruf nahi mungkar? Tidakkah Allah menjanjikan sokonganNya sendiri dan juga sokongan orang – orang mukmin yang setia? Tidakkah dengan bersam Allah diri menjadi kuat manakala orang – orang miskin pula akan menjadi bala tentera yang setia membela? Tidakkah Islamlah yang memperkenalkan dunia ini dengan tamadun baru yang bersih, indah dan harmoni? Dan tidakkah menjadi agamawan itu indah dan menjadi impian setiap manusia beriman?
Ertinya syaitan menguasai suasana dan menjerat pemerintah untuk takut bertindak melalui terhakisnya keyakinan untuk kembali kepada Allah dan rahmatNya.
Sebenarnya selain dadah, arak, judi, riba dan zina dikira sebagai barah negara, anda perlu faham bahawa pemerintah juga adalah barah negara. Virus bawaannya adalah jenis HIV yang merosakkan sistem kekuatan diri umat Islam yang menjadikan mereka putus asa dengan rahmat Allah.
Tulisan ini berhasrat untuk memahamkan anda bahawa musuh utama kita adalah sifat putus asa. Oleh kerana pemerintah itulah yang menjaja penyelesaian yang diuntai tali putus asa, maka pemerintahlah musuh utama negara. Oleh kerana pemerintah itu UMNO, maka UMNOlah musuh utama negara.
Ia bermaksud musuh nombor 1 negara adalah UMNO. Bukan dadah, bukan arak, bukan jud dan bukan riba. Itu semua hanyalah kerosakan daripada sel - sel kanser yang telah rosak kromosom dan DNAnya. UMNOlah penyebabnya yang mencetus suasana kotor yang merosakkan sel – sel sihat kehidupan rakyat Malaysia.
Ketika kempen anti judi dilancarkan oleh GMJ, haruslah difahamkan hakikat bahawa ianya adalah peperangan yang besar melawan establishment yang tidak mungkin berjaya kecuali jika ianya digerakkan bermula dengan menggegar umbinya yang didalang pemerintahan UMNO.
http://nikabduh.wordpress.com/2010/07/04/perhimpunan-kempen-anti-judi-di-masjid-negara/

No comments
Post a Comment