Cerai Roslin Sah! Tak Serik Nak Berkahwin Lagi
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu.
Ia cerai kali kedua buat Roslin.
Perkahwinan pasangan itu hanya bertahan kira-kira sebulan.
Roslin yang dipetik Berita Harian berkata, dia tidak pernah serik untuk berkahwin lagi kerana memang mahukan perkahwinan yang berkekalan untuk selamanya.
“Bagaimanapun saya akur dengan kehendak Allah dan ini adalah takdir saya. Saya juga ingin jelaskan Raja Azmi (isteri bekas pemain badminton negara Jailani Sidek) tiada kaitan langsung dalam masalah perkahwinan saya,” katanya.
Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu semalam selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Roslin, 35.
“Kes perceraian ini mengejutkan ramai pihak berikutan pasangan baru saja berkahwin.
“Apa yang dikesalkan perkahwinan yang berlangsung di hotel berakhir di hotel. Sepatutnya setiap masalah dibawa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan,” kata hakim.
Beliau kemudiannya memerintahkan agar penceraian mereka ini didaftarkan di pejabat agama Islam dan surat nikah asal dibatalkan.
Sinar Harian pula melaporkan, Wan Mahyuddin, mengarahkan supaya Norhayati beridah selama tiga kali suci bermula 7 Ogos.
Mahyudin berkata, Roslin bersetuju dengan ikrar dan mengakui berlakunya lafaz cerai berbunyi “I cerai youlah” di bilik 533 Hotel Corus di sini pada pukul 8.32 malam, 7 Ogos lalu.
Katanya, mahkamah bersetuju lafaz dibuat Roslin itu jelas ditujukan kepada Norhayati tanpa paksaan mana-mana pihak dan ia talak satu walaupun beliau tidak menyebut berapa talak dijatuhkan.
Pada 10 Ogos lalu, Norhayati melalui peguam syarie, Zulqarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai manakala Roslin menerusi peguam syarie Roslizam Rahim tidak memfailkan sebarang pembelaan berikutan mengakui berlakunya kejadian berkenaan.
Kes itu dibawa 18 Ogos lalu.
Selepas perkahwinan pertamanya hanya mampu bertahan selama 12 hari, Roslin berhadapan dengan masalah rumah tangga kali kedua bulan lalu.
Roslin didakwa telah melafazkan cerai terhadap isteri barunya, dua hari sebelum perkahwinan mereka genap sebulan.
Ketika lafaz itu dibuat, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bersama Jailani dan dua adik lelaki Nurhayati, Arif Rafhan serta Arif Fauzan turut berada di bilik tersebut.
Sewaktu memberi keterangan pada prosiding tersebut, Nurhayati berkata dia bersama-sama ibu dan dua adik lelakinya itu telah pergi ke hotel berkenaan selepas mengetahui bahawa Roslin, 34, dan Raja Azmi, 50, berada di situ.
Di hotel tersebut, mereka mendapati penerbit filem “...Dalam Botol” itu telah menempah bilik hotel bernombor 533 atas namanya sendiri.
Menurutnya, kesemua mereka kemudian menuju ke tingkat lima hotel berkenaan dan menunggu Jailani di tingkat itu sebelum pergi ke bilik tersebut.
“Tiba di bilik tersebut, suami saya tiada di situ, hanya Raja Azmi yang ada. Saya kemudian meminta Jailani untuk menelefon Roslin dan memanggilnya ke bilik tersebut kerana saya ingin bersemuka dengan suami saya mengenai keadaan berdua-dua ini,” ujarnya.
Nurhayati turut mendakwa, Roslin dan kakak angkatnya itu mengaku berdua-duaan di bilik tersebut.
Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka pada 9 Julai lalu selepas diperkenalkan oleh Raja Azmi hampir enam bulan sebelum mereka bernikah.
Mereka dijangka mengadakan majlis resepsi perkahwinan apabila ibu bapa Roslin pulang dari Mekah selepas Aidilfitri.

1 comment
Lu kahwin kontrak lah Roslin. Penat juru nikah aje. Tapi tak apa dia dapat pulangan lebih kalau lagi kerap dan ramai yang menjadikan nikah dan cerai ini macam tukar baju dan seluar aje. Lagi kerap, lagi dapat upah lebih... gurau aje, jangan mare ee.. gua minat lu punya kain ikat kepala sewaktu tewas All England dulu. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf dipinta.
Post a Comment