Anak Jutawan Kosmetik Bersedia Teruskan Legasi Ibu
KUALA LUMPUR 28 SEPT – Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, nekad meneruskan legasi ibunya agar kehidupannya dan adik-adiknya lebih terjamin.
Dia yang lebih dikenali sebagai Rita, mengaku telah bersedia menghadapi cabaran sebagai ahli perniagaan berjaya bagi menyambung usaha yang ditinggalkan ibunya.
Rita berkata, walaupun ada pihak yang mungkin mempertikaikan keupayaannya berikutan usia yang masih muda, dia menegaskan mampu berdepan cabaran tersebut hasil didikan dan tunjuk ajar ibunya.
“Saya ingin tegaskan yang saya sudah bersedia untuk mengalaminya. Saya tak risau. Kita bersaing secara sihat,” katanya yang turut menjadikan ayahnya, Buhari Mohamad sebagai mentor, selain Sosilawati.
Rita yang turut ditemani teman rapat iaitu penyampai berita Bernama TV Zulkifli Bujang, berkata keluarganya kini belajar menerima hakikat apa yang telah berlaku terhadap ibu mereka, dan sebagai kakak sulung, dia perlu kuat bagi memastikan kelima-lima adiknya tidak bersedih serta mampu meneruskan hidup seperti biasa.
“Kami sekeluarga sedang menerima kenyataan, tetapi tetap bersedih dengan pemergian ibu. Ada niat ibu separuh jalan, terutama hal mengenai perniagaannya… dan saya akan teruskannya,” katanya yang kelihatan cukup tenang ketika menjawab soalan peneraju ‘Kerusi Panas’ Azlan Idris di Radio 24
Rita turut ditanya dari mana dia memperoleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan sehari-hari selepas polis mengesahkan bahawa ibunya telah mati dibunuh dengan kejam.
“Sokongan adik-beradik, rakan-rakan dan masyarakat Malaysia menjadi penguat. Saya rasa semua orang sokong saya,” katanya dipetik daripada Bernama.
Dia turut meluahkan kekecewaan terhadap media yang baru-baru ini mendedahkan perihal aset syarikat ibunya.
“Saya begitu kesal dengan laporan media yang mengeluarkan fakta yang bukan-bukan mengenai aset yang dimiliki ibu… saya sudah memberitahu beberapa individu daripada media, di mana segala maklumat yang dilaporkan perlu dirujuk kepada polis,” katanya.
Walaupun gerak-geri dia yang sentiasa ditemani penyampai berita televisyen itu menjadi buah mulut orang ramai, Rita enggan mengulas mengenai hubungannya dengan Zulkifli selagi kes pembunuhan ibunya belum selesai.
“Perlu ke kita cakap hal ini… saya rasa tidak perlu persoalan ini, biarlah isu mengenai pembunuhan ibu saya diselesaikan dahulu,” katanya.
Rita juga berkata dia akan meminta nasihat peguam jika masih terdapat laporan mengenai ibunya tidak kira sama ada negatif atau positif.
“Saya minta pada pihak media supaya tidak membuka segala privasi dan cuba menghormati privasi saya sekarang. Kami tidak mahu apa yang kami cakap sekarang, akan menjadi akibat pada masa akan datang,” katanya.
Dia turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan sejak kes pembunuhan ibunya bersama tiga individu yang lain tersebar.

No comments
Post a Comment