Zety Tidak Mahu Bersekongkol Dengan Umno-BN Bawa Masuk Penyangak Matawang
Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 27 Sept - Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zety Akhtar Aziz dilihat tidak sependapat dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengapungkan semula matawang ringgit di pasaran antarabangsa kerana tidak mahu dianggap bersengkokol dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Beliau yang juga merupakan antara gabenor bank pusat yang terbaik di rantau Asia sebelum ini berkata masanya belum sesuai untuk mengapungkan ringgit memandangkan beberapa faktor asas yang perlu diambil kira sebelum cadangan itu dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menentang cadangan tersebut memandangkan isu krisis ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya serta wujud kebimbangan berlakunya gelombang krisis ekonomi dunia kali kedua disebabkan krisis hutang besar di Greece.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bersependapat dengan Dr Zety dengan menjelaskan mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang tahu akibat buruk krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997, sudah tentu tidak mahu melihat perkara yang sama berulang lagi.
"Mereka yang sudah merasainya dan telah menanggung kesan buruk akibat kegiatan penyangak matawang sudah tentulah tidak mahu melaluinya lagi.
"Ianya sangat jelas kerana negara pada masa itu telah kerugian berbilion ringgit akibat kegiatan spekulator matawang yang tidak bertanggungjawab yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.
"Lagi pun, gelombang krisis ekonomi dunia kali kedua kemungkinan berlaku di negara seperti Britain, Jerman, Perancis dan negara lain di benua Eropah dan ia pasti memberi impak yang amat buruk kepada ekonomi negara.
Jelas Azan, antara negara yang dikatakan bakal menghadapi krisis ekonomi adalah Perancis yang dikatakan berpakat dengan Malaysia dalam isu skandal penjualan senjata yang membabitkan transaksi berbilion ringgit.
"Saya rasa pemimpin Umno-BN ini mempunyai agenda mereka yang tertentu, ini berlaku apabila ada pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan melalui cara mudah dan dalam jangka masa yang singkat," ujar beliau.
Tambah beliau, Umno-BN mungkin menggunakan pengapungan semula ringgit untuk bertujuan mencari dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang atau setidak-tidaknya bagi memenuhkan kantung masing-masing sementara masih ada lagi sisa-sisa kuasa di tangan.

No comments
Post a Comment