Hanya 30% Penduduk Islam Di Selangor Jadi Pendeposit Tabung Haji
SHAH ALAM 27 Sept - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di Negeri Selangor masih di tahap rendah iaitu hanya kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 2.5 juta penduduk beragama Islam di negeri ini.
Keadaan ini mendorong Tabung Haji menggerakkan ‘Pelan 50’ yang mensasarkan sehingga 50 peratus umat Islam di Selangor menjadi pendeposit.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usaha Tabung Haji ini sewajarnya disokong pendeposit yang sedia ada supaya terus menabung manakala umat Islam (yang belum menjadi pendeposit) perlu dirangsang untuk menjadi pendeposit Tabung Haji.
“Sekiranya usaha ini mendapat sambutan, Negeri Selangor akan menjadi pendeposit teramai dan secara langsung meningkatkan ekonomi negeri menerusi pembayaran zakat oleh Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor setiap tahun,” kata dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika berucap majlis penutupan Kursus Haji Perdana peringkat Negeri Selangor yang disertai hampir 4,500 bakal haji di Masjid Negeri semalam.
Majlis penutup Kursus Haji Perdana peringkat Negeri Selangor ini disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mewakili Sultan Selangor.
Menteri Besar berkata, kerja pembesaran Masjidil Haram di kota suci Mekah giat dijalankan sejak beberapa tahun ini termasuk perobohan bangunan penginapan dan hotel sekitarnya bertujuan membangunkan perumahan baharu dan membesarkan masjid.
Katanya, kerja-kerja pembinaan ini sudah tentu menimbulkan persekitaran yang tidak teratur seperti berdebu dan becak yang boleh menganggu keselesaan jemaah haji.
Sehubungan itu, Menteri Besar menasihatkan bakal haji supaya sentiasa bersedia menghadapi semua kemungkinan di samping menjaga kesihatan supaya dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
“Minum air terutama air zam-zam dengan banyak bagi menggantikan tenaga yang hilang. Sekiranya sakit segera berjumpa pegawai perubatan di klinik yang disediakan Tabung Haji,” katanya.

No comments
Post a Comment