UMNO KRITIKAL

Politik Ras adalah untuk menarik balik/menarik sokongan politik kepada sesuatu parti politik, kata Tun Dr Mahathir yang video temu bual beliau di papar dalam FB Kelab Chedet. Mungkin ini melibatkan semua parti politik di Malaysia. Ada yang cuba menarik balik sokongan Melayu kepada parti mereka lalu memainkan isu Melayu dan ada yang cuba mendapatkan sokongan politik kaum lain lantas memainkan isu ras untuk tujuan tersendiri. Tetapi HAKIKAT yang perlu kita terima adalah kita terdiri dari berbagai-bagai bangsa, kaum dan keturunan.

http://umno-reform2.com/front/images/stories/umno_kritikal1.jpg

Isu kaum memang tidak boleh dipisahkan – apa yang perlu dibuat adalah untuk secara berkesan menangani isu tersebut dengan baik dan menguntungkan semua pihak. Untuk isu tersebut ditangani dengan berkesan faktor utama adalah dengan kefahaman. Melayu faham kedudukan orang Cina dan India dan orang Cina dan India faham mengenai kedudukan kita sebagai Melayu. Yang lain seharusnya bertindak atas perjuangan progresif bagi memartabatkan bangsa masing-masing dengan kerajaan yang akan memastikan semua kaum terbela.

Kita merujuk cara menangani tersebut dengan tindakan efektif melihat dari sudut kemanusiaan – dan keperluan - yang miskin diutamakan, pelajaran didahulukan dan kedudukan sosioekonomi di tingkatkan. Kefahaman perlu juga dilihat dari segi toleransi dan keadilan harus nilai dari sudut kemanusiaan bukan semata-mata dari sudut kuantitatif. Kita perlu menerangkan hakikat yang ada untuk kefahaman bagi semua bangsa – menerima dan memperakukannya. Kita harus menilai semula apa yang di takrif sebagai satu kesalahan dalam konsep 1 Malaysia. Jangan menyimpan dengan meletakkan 1 Malaysia sebagai asimilasi semua kaum menjadi 1. Kita ambil 1 Malaysia sebagai langkah bila merealisasikan matlamat besar negara – meningkatkan perekonomian, memperbaiki taraf kehidupan rakyat, menyempurnakan pendidikan dan melengkapkan keperluan asas yang didefinisikan menurut keadaan semasa. Jangan 1 Malaysia diguna untuk mencabar hak dan dalam mempertahankan hak pula kita cabar kedudukan yang lain. Itu tidak tepat dan salah.

Berbalik kepada diskusi yang di buat atas isu di atas – UMNO KRITIKAL, banyak pendapat baik dalam FB dan SMS mengatakan bahawa UMNO memang kritikal. Ukuran kritikal itu tidak pula dirujuk kepada indeks hari ini tetapi dilihat dari sudut iklim politik hari ini. Iklim politik boleh berubah dan apa yang berlaku pada Tsunami politik adalah gandingan masalah yang ada – serta rentetan masalah yang timbul sewaktu kepimpinan Dr Mahathir. UMNO kena membuat penilaian yang menyeluruh dalam memastikan keadaan ini. Adakah benar UMNO kritikal atau sebaliknya.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.