Peniaga Lega Notis Penutupan Ditunda

Oleh NUR DIYANA NAWWAR IBRAHIM

GOMBAK, 28 Sept – Peniaga Medan Selera Pinggiran Batu Caves kini lega apabila notis penutupan perniagaan mereka ditangguhkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) sehingga gerai baru siap.

Berita tersebut disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur Selangor, Dato Dr Hassan Ali, dalam satu sesi pertemuan bersama peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan yang turut disertai pegawai MPS .

Dato Dr Hassan menyifatkan pertemuan yang diadakan hari ini adalah penting bagimemberi peluang peniaga dan penduduk di situ menyuarakan pendapat mereka dengan pihak MPS bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Bagi menambah baik prasarana yang lengkap kepada peniaga, pihak MPS bersama syarikat usahasama Darma Purnama, merancang membina 20 unit gerai dan sebuah stesyen minyak, bagi menempatkan para peniaga yang perniagaan mereka ditutup,” kata Adun Gombak Setia itu.

Menurut beliau, tapak baru yang ditawarkan hanya 20 unit, sedangkan peniaga berjumlah 30, menunjukkan 10 peniaga tidak akan berpindah ke tapak baru. Namun peniaga tidak perlu bimbang kerana MPS akan memberi pampasan dan hanya memilih peniaga yang komitmen dalam perniagaan.

“Mengikut perjanjian, syarikat usahasama Darma Purnama hanya akan membina geraitersebut dan segala penyelengaraan, sewa, termasuk pemilihan para peniaga adalah tanggungjawab MPS, walau bagaimanapun kerajaan negeri akan pastikan keputusan itu dibuat dengan adil dan telus,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.