Sistem Pendidikan Perlukan Reformasi Drastik Kekang Kejatuhan Mutu
Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 27 Sept - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan tidak lagi memandang enteng terhadap isu pendidikan negara sebaliknya mengiktirafnya sebagai agenda nasional.
Beliau berkata, kemerosotan bidang pendidikan di Malaysia perlu dipulihkan segera hanya dengan melakukan reformasi drastik kepada sistem pendidikan sediada.
"Memandangkan kemerosoton pendidikan negara semakin teruk maka ia memerlukan reformasi untuk mengembalikan keberhasilan dan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja di dalam negara malah seantero dunia," katanya kepada Suara Keadilan ketika mengulas penurunan kedudukan universiti di Malaysia yang jatuh teruk baru-baru ini di peringkat dunia.
Berdasarkan statistik terkini QS World University Rankings 2010, Universiti Malaya yang sebelum ini berada pada kedudukan 180 daripada 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2009 telah jatuh ke tangga 207 pada tahun ini.
Pencapaian terburuk ini juga menyebabkan Malaysia tidak lagi tersenarai pada kedudukan 200 universiti terbaik di dunia.
Ini sekaligus menampilkan bukti bahawa Model Ekonomi Baru yang di bawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omongan kosong yang hanya memberi kesan negatif kepada kepimpinan Malaysia termasuk transformasi ekonomi.
Menurut Yusmadi yang juga Biro Pendidikan KEADILAN, kecacatan sektor pendidikan negara berpunca daripada kelemahan kerajaan yang gagal merencana perubahan bagi meningkatkan pencapaian sediada.
Jelas beliau, transformasi pendidikan perlu dilaksana dengan membentuk perubahan dari segenap aspek pendidikan meliputi sistem pentadbiran dan lebih penting lagi kepimpinan dalam sektor pendidikan itu sendiri.
Katanya, peranan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat penting untuk melaksanakan perubahan transformasi ini.
Yusmadi berkata, Muhyiddin dan lain-lain pimpinan kerajaan perlu bersikap terbuka dan menyedari bahawa kepentingan pendidikan menjangkaui kepentingan politik.
"Apa yang saya kesalkan kerajaan tidak memandang ringan bahawa tahap pendidikan negara sekarang berada pada tahap kritikal.
"Apa yang perlu mereka (kerajaan) lakukan adalah menerima hakikat dan tidak boleh menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku," kata Yusmadi.
Sebaliknya, beliau mencadangkan satu strategi pakatan di peringkat kerajaan hendaklah dilakukan bagi menggembeling pelaksanaan untuk bersama membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
"Perkara ini perlu dilakukan dengan duduk berbincang secara muafakat di antara tokoh-tokoh pendidikan dan pemimpin negara bagaimana untuk meletakkan kembali pendidikan ke peringkat tertinggi malah memartabatkannya sebagai isu nasional," katanya.

No comments
Post a Comment