Kim Jong Nam Hidup Berfoya-foya

PYONGYANG: Anak sulung pemimpin Korea Utara Kim Jong Il, Kim Jong Nam (39), ternyata selama ini hidup mewah di pusat perjudian Asia iaitu di Macau.

Kim Jong Nam yang pernah diwar-war untuk menjadi diktator harus meninggalkan Korea Utara setelah skandal penggunaan pasport palsu Republik Dominica ketika berusaha masuk ke Jepun tahun 2001.

Alih-alih menyepi dan hidup sederhana. Kim Jong Nam kini memilih tinggal bergelumang kemewahan di Macau.

Kim Jong Nam bersama keluarga, isteri dan dua anak, bergerak dari satu restoran bintang lima ke restoran mewah lainnya di bekas koloni Portugis itu. Dia terkenal royal, termasuk menghamburkan kiriman wang tahunan 500.000 dollar AS di kasino-kasino dan butik mewah di Macau.

Jong Nam yang juga pernah disebut-sebut sebagai calon pengganti Kim Jong Il tinggal di sebuah vila mewah di hujung selatan Makau. Vila berpermaidani merah jambu itu terletak di pantai menghadap Laut China Selatan.

”Si putera sulung Jong Nam memang tinggal di sekitar daerah ini, tetapi saya tidak pasti di rumah yang mana,” ujar seorang pemandu teksi yang menunjuk deretan vila mewah.

Seorang kerani hotel bintang lima, Altira, mengatakan, Jong Nam yang mampu berbahasa Inggeris dan Perancis sering makan hotel. ”Saya kenal Tuan Kim. Hari ini saya belum melihatnya,” katanya kepada wartawan AFP.

Mengenakan kemeja dan seluar biru, Jong Nam bulan Jun 2010 memberikan wawancara kepada wartawan Korea Selatan. Dia membantah spekulasi yang menyatakan akan mencari suaka ke Eropah. Dia juga mengatakan ayahnya dalam keadaan sihat.

Jong Nam membahagi waktu berkelana antara dua rumahnya di Macau dan Beijing. Dia juga kerap berkunjung ke Vienna, Bangkok, dan Moscow. Seperti ayahnya, Jong Nam dikhabarkan memiliki gaya hidup mewah. Dia memiliki rumah kedua di Macau yang sering didiami setelah pulang larut malam dari karaoke atau kasino.

Pengawal

Jong Nam memiliki tiga pengawal. Dia juga memiliki seorang ”simpanan” yang tinggal di apartmen di dekat rumah kedua. Terkadang, Jong Nam dan keluarganya, anak lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berumur 10 tahun, didapati keluar menaiki teksi atau bas tanpa pengawal.

Keluarga Jong Nam mengikuti perkhemahan di alam bebas bersama Pandu Lusophone yang berbangsa Portugal di Macau.

”Isteri Jong Nam selalu berpakaian cantik,” ujar Ricardo Pinto, penerbit majalah Closer yang berpejabat di Macau.

Pinto menambah, anak-anak Jong Nam memiliki peralatan elektronik moden seperti iPod. Jong Nam diketahui kerap berkumpul dengan teman-teman di restoran Korea di Macau.

”Jong Nam tidak diundang ke acara-acara resmi kerajaan. Dia diperlakukan sebagai rakyat biasa. Dia tidak berusaha mempamerkan diri sebagai orang penting,” ujar Pinto.

Pada akhir tahun 1990-an, nama Jong Nam disebut-sebut sebagai calon kuat pengganti Kim Jong Il. Dia pernah memegang sejumlah jawatan penting di Korea Utara, termasuk pada posisi penting di militer.

Pertengahan tahun 1990-an, Jong Nam diberi pangkat jenderal dan mengepalai lembaga perisikan Korea Utara.

Karier Jong Nam berakhir kerana dia berusaha mengunjungi Disneyland Tokyo bersama keluarga tanpa izin ayahnya dan menggunakan pasport palsu Republik Dominica. Insiden itu membuat Kim Jong Il murka dan menarik semua jawatan serta keistimewaan yang dinikmati Jong Nam.

Para pengamat menilai Kim Jong Nam memiliki jejak lebih baik daripada Kim Jong Un saudara tirinya dalam pemerintahan. Jong Nam yang memiliki ibu seorang bintang filem itu menolak menanggapi spekulasi sebagai bakal pemimpin Korea Utara.

”Kalau saya pengganti Kim Jong Il, apakah akan berkeliaran di Macau dengan penampilan biasa dan menikmati hiburan di sini,” kata Jong Nam kepada wartawan Jepun tahun lalu.

Jong Nam mengatakan, dia hanya seorang warga Korea Utara yang memiliki hak untuk tinggal di Macau dan China. ”Saya bukan buruan dari Korea Utara,” kata Jong Nam.(ChannelNewsAsia.com/AFP/ONG)

No comments

Powered by Blogger.