Dinar emas dan kesannya kepada politik nasional
Oleh Abu Firdaus
Perjuangan dinar emas sudah lana ada dalam herakan Islam. Antara tokoh yang tegas memperjuangkan dinar emas ialah Syeikh Abdel Qadir As-Sufi pada sekitar tahun 80-an. Analisisnya adalah jelas. Wang kertas yang kita gunakan hari ini mengandungi unsure riba dan ia bersifat menindas. Maka keutamaan dalam perjuangan gerakan Islam adalah kembali menggunakan dinar emas. Selagi kita tidak menggunakan dinar emas, ekonomi Islam tidak akan dapat diwujudkan. Sistem kewangan Islam dan sistem perbankan islam tidak bermakna sekiranya dinar emas tidak dilaksanakan.
Di kalangan pihak barat, memang terdapat golongan yang mendokong penggunaan emas sebagai mata wang, Walaupun mereka tidak menyebut istilah dinar emas, tetapi piawai emas dianggap sebagai suistem terbaik bagi mengelakkan penindasan oleh golongan elit kepada orang ramai di seluruh dunia.
Walaupun di kalangan pendokong PAS, konsep dinar emas belum dfahami secara meluas, tetapi dari segi emosi, mereka sudah dapat menerima, apatah lagi dengan istilah dinar dan dirham, dengan mata wang pula dicetak dengan gambar Kaabah dan Masjid Nabi, tentunya ia menjadi satu baangan yang bersifat agamawi.
Namun begitu, pemahaman dan penerimaan terhadap mata wang emas bukanlah hanya dui kalangan orang PAS. Orang bukan PAS juga faham dan menerima mengenainya. Di ataas sekali ialah Dr Mahathir Mohamad yang nampak dengan jelas betapa sistem kewangan dunia berasaskan mata wang kertas dollar bersifat menindas dan menyebelahi golongan elit Yahudi,
Tetapi bukan beliau saja. Banyak tokoh lain dalam UMNO memahami perkara ini. Termasuk Nor Mohamad Yaakob, dan sebahagian kepimpinan sistem perbankan negara. Sifat menindas sistem globaliasi yang menggunakan mata wang kertas dollar difahami oleh banyak golongan kiri. Tentunya ia difahami oleh Anwar Ibrahim dan golongan kiri dalam Keadilan. Malah di kalangan pendokong DAP yang faham mengenai sistem wang kertas akan mengakuinya.
Namun memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang gantian kepada dollar adalah perkara yang amat sukar. Tidak ada negara-negara Arab yang mempunyai kekuatan ekonomi dapat memperkenalkan dinar emas. Mata wang mereka yang bernama dinar adalah seperti mata wang lain du dunia, iaitu bersandarkan kepada dollar Amerika dan bukannya emas. Hatta Iran juga tidak mengenal dinar emas.
Pernah pada suatu masa, pada tahun-tahun 60-an dan 70-an, negara-negara komunis juga cuba membebaskan diri daripada sistem kewangan yang berpusat di Amerika tetapi gagal. Kemboja di bawah Khmer Rouge menghapuskan sama sekali mata wang tetaoi hasilnya ialah menghancurkan terus sistem ekonomi negara itu.
Setakat membuat dinar emas dan dirham perak sebagai cenderamata adalah menarik dan merupakan perniagaan yang baik. Di samping mengingatkan umat Islam betapa sistem terbaik adalah dinar emas dan dirham perak. Tetapi untuk menjadikannya mata wang yang sah, ia menimbulkan masalah.
Kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak dengan fikrah jelas mengenai kepentingannya dalam ekonomi negara. Tetapi dari segi undang-undang dan perlembagaan, ai bercanggah dengan peraturan yang ada hari ini. Hanya Bank Negara di peringkat pusat boleh mengeluarkan mata wang untuk kegunaan sah. Tentulah adalah kelam kabut jika negeri-negeri dibenarkan mengeluarkan mata wang masing-masing.
Bagi Bank Negara mengeluarkan mata wang dinar emas dan dirham perak, ia harus menimbangkan banyak perkara, termasuk kepercayaan masyarakat antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat melihat Malaysia.
Dr Mahathir dan Nor Mohamed Yakcop boleh bercakap mengenai dinar emas di persidangan dan seminatr antarabangsa. Tetapi untuk melaknsakannya adalah soal lain yang melibatkan pertimbangan banyak perkara.
Apa yang penting bagi Kelantan dan PAS sekarang adalah pandangan rakyat Malaysia terhadap tindakan mengeluarkan dinar emas dan dirham perak itu. Lebih-lebih lagi jika duit syiling itu ada gambar Kaabah dan Masjid Madinah. Jika henadk menggalakkan penggunaannya untuk semua orang tanpa mengira agama, ia tidak harus diletakkan dengan simbol-simbol agama. Maka terbaik adalah meletakkan simbol negeri Kelantan. Tetapi tentu ia menjadi sifat kenegerian walaupun lambing Bank Negara iaitu kijang seta bulan bintang itu datang bereasal dari Kelantan juga. Maka sebaiknya dinar dan dirham itu menggunakan symbol Malaysia saja, untuk semua rakyat negarea ini.
Tetapi apa yang mencurigakan bagi orang bukan Islam adalah andai kata Pakatan Rakyat berkuasa di Putrakjaya dengan PAS menjadi komponen penting. Adakah PAS akan menekankan supaya mata wang dina dan dirham digunakan? Tentu mereka khuatir bahawa PAS akan menggunakan alasan agama untuk memperkenallan mata wang dinar.
Pelru diingat sebarang kebimbangan oleh rakyat Malaysia bahawa PAS boleh menghancurkan ekonomi negara, maka mereka akan teragak-agak untuk mengundi PAS. Sebaliknya PAS mesti menampilkan diri sebagai parti yang pragmatik, bertanggungjawab dan mampu mengendalikan isu-isu ekonomi negara dalam konteks Malaysa adalah sebahagian daripada masyarakat ekonomi global.
Sistem dinar emas dan dirham perak tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negara secara bersendirian. Dunia sudah saling berkaitan di antara satu sama lain dan sifat hati-hati dalam hal ini adalah penting kerana wang modal, kapital atau pelaburan bukan di tangan orang Islam. Ia ditentukan di Amerika Syarikat dan semua pihak di seluruh dunia mesti pandai melakukan imbangan dalam memperkenalkan dasar supaya negara tidak terpinggir dari segi ekonomi.

1 comment
Bismillah~
Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad,
Bismillah !
Assalamulaikum !
KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN JUAL-BELI DINAR.
DINAR DAN DIRHAM ITU MEMANG DASAR KEWANGAN DALAM ISLAM YANG BANYAK BARAKAH DAN HIKMAHNYA.
NAMUN BEGITU KITA BELUM DAPAT DASARNYA YANG LAGI SAHIH.
BERIKUT MERUPAKAN ASAS PADA KEDUDUKAN DINAR EMAS.
ADA BEBERAPA PENYELIDIK MENDAPATI BAHAWA IA BERLAIANAN KEADAAN SPESIPIKASI DINAR YANG DITEMUKAN.
PERTAMA : KETULENAN EMAS DINAR ITU SENDIRI.
Menurut semakan sejarah dinar tulen ialah EMAS SEPULUH atau EMAS 99.9. EMAS yang dipakai oleh beberapa penempah mulai tahun 2003 (Royal Mint International) dan kemudian baru dikuti oleh KELANTAN. Emas 91.7 [campuran perak jadi lebih keras], dikedai emas biasanya 91.6 [campuran tembaga jadi lebih bercahaya] Harganya sedikit berbedza.
PERSOALANNYA : Jika emas campuran bagaimana dengan kedudukan bayaran zakat, maskahwin dan hukum hudud mengenai pecah amanah dan lainnya ? malahan emas 1/4 dinar merupakan sukatan terpenting.
KEDUA : BERAT emas dinar berkenaan. Kini dipakai 4.25 grm. bagi satu dinar. Menurut penemuan berat dinar yang terpakai zaman Islam lebih darpada itu [ 4.55 grm.]. Sila semak dalam sejarah dinar dan dirham di Timur Tengah,Utara Afrika, Turkey dan Eropah.
KUTIPAN KATA tersiar pada bungkusan dinar emas 91.7 : (EMAS INI DITEMPA MENGIKUT PIAWAIAN KHALIFAH UMAR ALKHATTAB r.a.seberat 4.25grm dengan ketulenan emas 91.7%),.
Bagi saya ia belum dapat disahkan dengan rujukan yang kuat.
KETIGA : BENTUK BULAT dan EMPAT PERSEGI BOLEH DIRUJUK PADA GAMBAR DAN WANG DI MUZIUM TERKNEAL.
KELIMA : EMBLEM sambil menjadi pertanyaan. Bandingkan dengan emblem pada dinar dahulu yang dipakai oleh negara/masyarakat Islam.
KEENAM : PENEMPA ATAU minter. Dahulu penempaan dibuat oleh antara lain MARIWASA melalui Royal Mint Malaysia.
Kelantan sekarang ditempa di luar negeri…dan hal ini sangat bergantung pada periahl KETUJUH berikut
KETUJUH : JAMINAN KESELAMATAN (SECURITY dan INSURANCE) dalam berbagai CARA dan BENTUK JAMINAN. Apakah satu dua badan atau syarikat isnuran terkuat dunia dan beberapa BANK yankin boleh melindungi 99.9% semua proses perdangan dinar dan dirham. [Banyak mangkuk besar di luar negara pun telah pecah...!].
KEDELAPAN : AKHIR SEKALI IALAH PENDAPAT daripada MAJLIS FATWA terutama JAKIM dan HASIL SEMINAR beberap kali selama ini. Keadaannya pendapat tentang DINAR dan DIRHAM masih TERDIAM dan mereka itu MEMBATUKAN DIRI.
WALLAHUALAMUBISAWAF.
HARAP DAPAT JAWAPAN YANG BERNAS MENGENAI DASAR BERKENAAN.
MAAF. ~ahmad September 2010
Post a Comment