Kelangsungan Melayu - pada pilihan raya akan datang
Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.
Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Katanya, pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya.
"Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat pejabat pelajaran Pasir Puteh, di Pasir Puteh malam semalam.
Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan berkata, Umno negeri itu kini berusaha mendampingi golongan pendidik di Kelantan bagi memastikan BN dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ini kerana golongan pendidik paling rapat dengan rakyat selain mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat.
"Diharapkan golongan guru dapat membantu menarik rakyat untuk menyokong BN," katanya.
- Bernama

No comments
Post a Comment