Menteri Besar NS - Giliran Kuala Pilah ?
Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal ayau berasal dari mukim yang sama dengan saya.
Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap orang-orang kampong kami.
Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan ‘Law Makers’ diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.
Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan.
Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.
Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak ‘legitimate’. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan.
Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara. Yang akhirnya sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas.
Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan. Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau.
Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.
Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail. Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik ‘play-safe’. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.
Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar untuk menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan ‘connection’ bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang ‘ultimate’.
Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.
Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya. Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti).
Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.
Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan ‘connection’ dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat ‘interesting’’ ini.
Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.
Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara ‘instantaneous’.
Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan?
Mohammad dalam pada itu telah ‘membeli’ beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.
Beliau telah berjaya melemahkan ‘base’ Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.
Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi ‘conduit’ beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.
Siapa yang menjadi ‘sikitol’ dan siapa yang di’kitolkan’ sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini.
Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas. Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang ‘viable’ maka kemungkinan barisan ‘alternative’ itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah.
Permainan ‘cah keting’ diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.
Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang ‘malignant’ yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.
Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.
Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya.
Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.
Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan ‘kona baring’ dan meninggalkan Mohammad?
Sama-sama kita lihat. It’s going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ‘ allegiance’ terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?
Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.
[Sumber]

No comments
Post a Comment