Noh Berfikiran Mundur Sekat Kerjasama Kementerian-Kerajaan Negeri
SHAH ALAM 4 Sept - Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari menyifatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berfikiran mundur dan tidak bersikap profesional kerana menafikan berhubung larangan kepada pegawai kementerian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri.
"Saya ingin memetik kenyataan Noh yang tersiar dalam Sinar Harian 1 September 2010 lalu yang secara jelas menyatakan bahawa beliau melarang pegawai-pegawai kerajaan daripada agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (Mardi) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) menghadiri mesyuarat pembangunan Stanco (Jawatankuasa Tetap) atas alasan diperkudakan oleh kerajaan negeri.
"Hakikatnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan agensi tersebut demi kepentingan petani. Malah, selama ini kerajaan negeri begitu konsisten bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut," jelas Dr Yaakob.
Berhubung isu Terusan Freeder, beliau berkata, walaupun projek tersebut telah dibincangkan sewaktu kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, namun projek itu telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Justeru, kata Dr Yaakob lagi kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk memantau projek itu.
"Saya mendesak agar projek itu tidak dipolitikkan oleh Noh. Saya juga bersedia menjemput beliau untuk berdialog mengenai isu ini," ujar beliau.

No comments
Post a Comment