Noh nak politikkan pertanian: Yaakob Sapari

SHAH ALAM, 1 Sept – Exco Pemodenan Pertanian, Penguruan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari melahirkan rasa kesal dan kecewa atas sikap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar kerana tidak mengamalkan sikap profesional serta mempolitikkan perkara-perkara yang berkait dengan sektor pertanian sehingga merugikan para petani di Selangor.

Menurut Dr Yaakob, tindakan Noh mempolitikkan isu berkaitan bidang pertanian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat amat jelas. Sebagai contoh, undangan DrYaakob bagi menghadiri majlis perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ditarik balik atas alasan yang tidak munasabah.

“Berbanding dengan Dato’ Mustafa Mohamed mantan Menteri Pertanian dan Asas Tani dahulu pernah berkata kepada saya sewaktu pertemuan di MAHA 2008. Ujar beliau bahawa isu politik tidak timbul dalam sektor pertanian. Ini jelas apabila saya juga diundang selaku Exco kerajaan negeri yang menjaga sektor pertanian menghadiri program perasmian MAHA 2008″, katanya.

Disamping itu, Noh juga melarang pegawai-pegawai pertanian daripada institusi dan jabatan kerajaan seperti MARDI, FAMA dan IADA berkerjasama dengan kerajaan negeri. Tindakan tersebut telah sedikit sebanyak merencatkan perancangan pertanian kerajaan negeri.
Tambahan pula, Noh juga telah melantik beberapa orang pegawai khas bagi memantau kakitangan kerajaan khususnya pegawai pertanian negeri. Ini telah menimbulkan suasana kurang selesa dikalangan pegawai pertanian negeri ketika menjalankan tugas.

Beliau juga telah mengarahkan pengarah-pengarah agensi pertanian yang komited kepada kerajaan negeri ditukarkan ke tempat lain.

Ini berikutan isu menaik taraf Terusan Freeder yang akan menghubungkan Sabak Bernam dengan kawasan sawah pengairan di Tanjung Karang yang dibuat tidak dibincang bersama pihak kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Noh bertarikh 25 Ogos 2010 dalam Utusan Malaysia yang menyetuh mengenai isu pengairan sawah di Tanjung Karang iaitu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut jelas mencerminkan Datuk Seri Noh Omar tidak mengetahui prosedur serta membelakangi bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.