Pimpinan Sabah ramai di kalangan Pendatang siri 2

Terbaru, seorang pembaca daripada Semporna, Mohammad JHM, telah menulis surat kepada kami dan mendakwa bahawa isteri Ahli Parlimen Silam, Fatmah Abd Aziz merupakan PATI yang mendapat kad pengenalan

setelah memalsukan dokumen pengenalan diri seperti Surat Sumpah, kerana beliau dilahirkan di Filipina dan datang ke Sabah bersama keluarga ketika berusia 10 tahun,se angkatan dengan Sulaiman Abdullah yang juga merupakan Pegawai Pertanian.

Pendedahan terbaru ini menyebabkan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi memecat Ketua Pegawai Perhubungannya, Chong Su Vun melalui helah VK Lingam, memberi surat cuti selama dua tahun bagi membolehkan beliau melantik birasnya, Haji Mohammad Haji Bin Imam Basirun sebagai Ketua Pegawai Perhubungan yang baru dengan alasan ‘budak tadika’ iaitu Chong telah membocorkan rahsia kepada Citra yang telah menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia.

Pemecatan Chong dilakukan tanpa sebarang surat tunjuk, sedangkan menurut peraturan perkhidmatan Chong boleh ditamatkan dengan memberikan sebulan notis setelah memberikan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak harus dipecat atau ‘dipercutikan’ mengikut tafsiran Salleh.

Hajjah Fatmah yang sebelum ini terlalu ego dengan memandu kenderaan mewah ke SK Pekan 1, Lahad Datu yang mempunyai pelekat Ahli Parlimen, kini mula gelisah dengan sindiran tajam guru-guru yang pernah dinistanya sebelum ini.

Warga jati Lahad Datu tidak mempersoalkan jodoh Ahli Parlimen mereka dengan PATI seperti Fatmah, namun mereka kesal kerana kesombongan Fatmah yang lupa daratan dan tidak mengerti asal usul; apatah lagi setelah berjaya lahir dua kali iaitu di Filipina dan Semporna.

Fatmah dengan sifat ‘Queen Control’ telah bertindak sebagai Ahli Parlimen sebenar dan membaham semua peruntukan Ahli Parlimen terutama peruntukan khas yang disalur terus ke akaun Ahli Parlimen sehingga program sebenar tidak dapat dilaksanakan, terutama pembayaran gaji kakitangan dan sewa pejabat.

Sifat ‘Tangkai Jering’ Fatmah menyebabkan Ketua Pegawai Perhubungan terpaksa mencari sumber kewangan sendiri melalui projek kecil untuk membayar gaji kaki tangan dan segala urusan pentadbiran yang sepatutnya dibayar dengan peruntukan khas Jabatan Perdana Menteri.

RAMAI.... Walaupun hanya 212 sahaja yang mahu didaftarkan sijil lahir daftar lewat, namun lebih 7,000 orang hadir untuk mendaftar kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mujur Pegawai Pendaftaran yang bertugas menolak permintaan untuk mendaftarkan warga asing dan hanya menumpukan kepada gerakerja mengesan mereka yang telah mendaftar sebelum ini.

Sebagai PATI yang mempunyai keluarga yang ramai dan mempunyai masalah dokumen, Fatmah cuba mengambil kesempatan untuk mendaftar keluarganya yang masih PATI di beberapa program pendaftaran bergerak JPN sehingga menyebabkan rakyat tempatan memandang jengkel sikapnya, sehinggalah pendedahan dibuat oleh Mohammad JHM yang juga jirannya sewaktu kecil.

Rekodnya di JPN juga tidak mempunyai nama ibu atau bapa kerana nama sebenar bapanya ialah Mohd Anjotal dan ibunya Hajjah Pating, namun di dalam kad pengenalannya mencatatkan nama Abd Aziz sebagai bapanya.

‘Bapanya’ (Mohd Anjotal) juga agak bertuah kerana sekalipun berasal daripada PATI, namun dilantik sebagai Ketua Kampung di Kampung Air Look, Semporna.

Menurut Mohammad JHM, dua orang adik perempuan Fatmah bernikah dengan AJK UMNO Semporna, Imbran Lambai dan pegawai Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis) Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Haji Hamad Purang.

Pendedahan ini sebenarnya bukanlah satu masalah besar kepada Fatmah kerana beliau telah diterima sebagai Guru di SK Pekan 1 dan bakal Datin PATI jika Salleh Kalbi mendapat gelaran Datuk (kelaziman di Silam kerana setiap Ahli Parlimen akan mendapat gelaran datuk).

Namun dari segi moralnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, Salleh tidak boleh memperjuangkan dasar kerajaan untuk menghapuskan PATI disebabkan saudara dan suku sakat isterinya masih berstatus pendatang tanpa izin yang mendapat suaka politik di rumahnya.

Dengan kedudukan Salleh sebagai Ahli Parlimen yang kononnya rapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Salleh bukan sahaja telah menyokong permohonan seorang PATI, Nasri Subairah mendapatkan kad pengenalan (nombor mykad yang digunakan Nasri tidak sah); malah boleh membantu saudara mara isterinya mendapatkan kad pengenalan melalui kaedah Daftar Lewat kelahiran dan Daftar Lewat Kad Pengenalan melalui operasi bergerak JPN, yang sering disalahgunakan untuk merekrut PATI atas tajaan parti politik seperti UMNO. – file s/kini

No comments

Powered by Blogger.