Raja tetap Raja - Toman (singkek) kalau dipakaikan mahkota sekalipun tetap Toman.

Dalam tulisan saya seminggu yang lepas saya telah menyebut tentang isu siapa yang mampu melakukan apa mengikut kemampuan masing-masing. Saya telah menyebut sebaris dua kata-kata Adat Perpatih yang difahami oleh semua yang mengamalkan adat itu.

Adat Perpatih merangkumi setiap keperluan kehidupan dan tentunya ia juga melibatkan sistem politik yang mengikut cara adat itu. Sesungguhnya sistem politik Pepatih sangat jelas diperkatakan dan jika difahami maksud yang tersirat didalammnya kita akan mudah memahami masalah yang sedang kita hadapi dan menyelesaikannya mengikut salur galur adat yang telah dipakai sejak turun temurun ini.

Ramai yang naik dengan cara yang tidak betul seperti membeli undi dengan tujuan untuk mendapat tempat yang baik bagi diri mereka. Mereka menjadi ‘social climber’ dengan wang ringgit atau dengan nama serta gelaran bapa atau ibunya. Adat ada menyatakan ; Kok naik biar berjenjang, kok turun biarlah bertangga. Maksud ayat ini kalau naik naik biar mengikut cara yang sesuai dan dengan sokongan yang sebenarnya dan jika jatuh biarlah terduduk jangan terhempas.

Tetapi sekarang ada pemimpin yang naik tidak ‘berjinjang’ sebaliknya naik kerana menumpang pengaruh dan nama keluarga dan terus sahaja menjadi Ketua Pemuda misalnya. Jika kita naik tidak ‘berjinjang’ maka seseorang itu tidak tahu pahit maungnya untuk naik, justru pemimpin in jika samapai kepenghujungnya akan jatuh terhempas dan berkecai.

Jika kita ingin menjadi pemimpin biarlah kita mampu atau sesuai untuk diri kita; Kok coghodik (cerdik) maka boleh dibawak berunding. Maksudnya biarlah kita pilih orang yang cderdik supaya kita senang hendak berunding untuk penyelesaian terhadap apa-apa masalah yang kita hadapi.

‘Kok bodoh disuruh arah’. Tetapi apabila peranan wang ringgit menjadi cara untuk menaikki tangga kepimpinan maka kedapatanlah orang yang sepatutnya menjadi orang yang disuruh arah itu menjadi orang yang menyuruh arah pula. Maka tempanglah pentadbiran dan rosaklah siasah sesuatu masyarakat dan negara itu.

Bagi yang pekak dan tuli tugasnya ialah untuk membakar meriam, tetapi diberi pula tugas yang lain yang tidak sepadan dan sesuai dengan tugasnya bagi seorang yang pekek dan tuli itu tadi.

Jika ada tugasan untuk menghembus lesung, tugas itu sepatutnya diberikan kepada yang buta kerana habuk dan dedak yang dihembus itu tidak memudharatkan mata mereka yang sudah sedia buta.

Jika seseorang yang tepok itu gunanya untuk menjaga jemuran kerana menjaga jemuran itu tidak memerlukan mereka yang cerdik atau mereka yang pantas berjalan kehulu dan kehilir.

Jika perbilangan ini diikuti, maka tidaklah kita berhadapan dengan kepimpinan yang lesu dan tidak ada kebijaksanaan.

Apabila tugasan dan tanggungjawab diberikan kepada orang yang tidak sesuai maka kepimpinan tidak akan mendapat penghormatan dan dokongan anak-anak buah yang kita pimpin. Kalau kita dipilih menjadi penghulu sedangkan kita tidak sesuai dengan jawatan itu maka kata-kata penghulu tidak akan diindahkan oleh anak-anak buah dan kita tidak akan mendapat penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.

Apa yang disebut sebagai, ‘kata penghulu kata penyelesaian, kata kadhi kata hakikat’ itu tidak akan terlaksana kerana yang memegang jawatan penghulu dan kadhi itu dipegang oleh orang yang tidak secocok dan sesuai dengan tugasan yang diberikan.

Inilah keadaan yang berlaku kepada kepimpinan siasah kita sekarang ini yang telah membawa padah yang buruk kepada kita rakyat jelata ini. Kita dipimpin oleh orang yang tidak sesuai kerana kebanyakkan yang memimpin itu tidak banyak bezanya dengan kemampuan orang-orang seperti saya dan saudara-saudara semua.

Itulah sebabnya ramai rakyat tidak menghormati kata-kata pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin dan seluruh barisan diatas itu. Maka tidak adalah apa yang dikatakan, ‘Kato penghulu kato ponyolosaian, kata kato kadhi adolah kato hakikat’ itu. Kalau kata-kata penghulu atau ketua seperti PM tidak dihormati maka hilanglah arah dan hilanglah hidayah daripada pemimpin atau penghulu itu tadi.

Apabila ketua tidak mendapat penghormatan dari orang ramai maka itulah tandanya pemimpin itu sudah menjadi pemimpin yang ditolak rakyat ramai. Apabila berlaku situasi itu maka pemimpin itu terpaksa melepaskan sahaja jawatan yang dipegangnya kerana nama baiknya tidak mungkin pulih semula.

Kalau kita bertanggunjawab kepada bangsa dan masyarakat kita, jangan takut untuk berkorban. Jika UMNO sudah tidak bermaya untuk melindungi masa depan orang Melayu, serahkanlah tanggunjawab itu kepada pihak yang bersungguh untuk memperjuangkannya. Setidak-tidaknya UMNO harus memberikan dokongan kepada pihak lain utnuk membantu mendokong usaha untuk memperbaikki bangsanya.

Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled tidak payah membuat kenyataan yang merupakan kenyataan untuk berbalah. Wujudnya premis yang baru untuk perjuangan nasib Melayu itu mesti bersebab. Masakan PERKASA boleh hidup dengan sendirinya jika tidak ada sebab-sebab yang kuat untuk wujud. Takkanlah Ku Nan tidak mengkaji sedalam-dalamnya kenapa orang ramai sudah mula memalingkan pandangan dan perhatian kepada PERKASA dan badan-badan NGO yang lain dan sedikit demi sedikit melupakan UMNO.

Orang ramai bukannya bodoh untuk memindahkan sokongan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Kepada Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled kita mengharapka buat sesuatu yang membangun untuk parti supaya parti kembali dihormati tanpa bersusah payah mengkritik pihak yang berjuang untuk mengisi kekosongan yang tidak lagi dilakukan oleh UMNO.

UMNO tidak perlu mengajak PERKASA untuk bersama-sama takut untuk menyuarakan yang patut disuarakan kerana tidak mahu mengecilkan hati bangsa lain. Hentikan kepura-puraan dan kembalilah kepangkal jalan perjuamgan kita.

UMNO jangan menjadi penghalang kepada pihak yang bertenaga untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Kalau saudara sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkan bangsanya adalah dicadangkan supaya menarik diri dari kepimpinan parti; jangan bawa parti hanyut bersama saudara-saudara.

Saudara mesti ingat rakyat sudah tidak ada rasa ralat lagi untuk mengubah haluan perjuangan mereka kerana mereka mempunyai ‘alternative’ yang ‘viable’ untuk mentadbir negara. Dalam proses pembangunan sesuatu bangsa dalam semua bidang, perubahan wajar dilakukan. Jika pimpinan tidak mahu berubah kepada wadah yang baik maka biarkan rakyat yang berubah dengan meneruskan proses pencarian kepada keutuhan politik dan pembangunan negara dalam semua bidang.

Tindakkan memomokkan parti lain sudah tidak diterima lagi oleh rakyat. Kali ini rakyat serius untuk memilih pihak yang lebih diyakini. Itu adalah hak rakyat untuk menentukan masa depan mereka.

Negara ini bukan pemimpin-pemimpin yang punya: ianya kepunyaan rakyat. Sebagai penutup saya ingin memberikan pandangan; biarlah kita pilih orang yang bersesuaian dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat agar perangai dan penampilan mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ingat kepada satu lagi kata-kata orang tua-tua dahulu; Seorang Raja itu kalau dia menjadi tukang sapu sampah sekali pun ia tetap Raja kerana darahnya, tetapi kalau toman (singkek) diletakkan mahkota dikepalanya pun ianya tetap toman.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.