Surat terbuka kepada Datuk Ibrahim Ali

Surat terbuka kepada Datuk Ibrahim Ali — Loyar Muda

4 SEPT — Salam Ramadan saya ucapkan kepada Datuk. Moga Datuk mendapat rahmat dan kesejahteraan sepanjang bulan yang penuh mulia ini.

Tujuan saya menulis pada petang Jumaat terakhir di bulan Ramadan ini bukanlah untuk mengajak Datuk berdebat jauh sekali untuk memburukkan nama dan kredibiliti Datuk sebagai pemimpin sebuah badan bukan kerajaan yang begitu lantang dan menjadi sebutan di dada-dada akhbar nasional.

Lagipula saya hanyalah seorang rakyat yang tidak dikenali, jauh sekali memegang apa-apa jawatan di peringkat nasional dan hanyalah salah seorang daripada generasi muda yang menjadi penonton di stadium politik negara justeru tidaklah layak bagi saya untuk mengajak Datuk berdebat secara terbuka akan isu yang dibincangkan selepas ini. Jika Saudari Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mengajak Datuk untuk berdebat dianggap sebagai budak hingusan, maka saya ini tiadalah nama di mata Datuk.

Sebelum saya menjelaskan apa yang tersurat, tersirat mahupun terlirat di hati sebagai generasi muda yang akan membetuk golongan majoriti mengundi dalam pilihanraya umum kelak, rasa kagum saya tujukan kepada pertubuhan Datuk yang berjaya menarik 200,000 orang ahli dan yang lebih mengagumkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga merupakan patron kehormat dalam pertubuhan datuk.

Namun kewujudan Tun yang merupakan salah seorang pemimpin yang sangat saya hormati tidaklah menghalang saya untuk memberitahu apa yang fikirkan benar untuk kita semua. Tidaklah saya menganggap pandangan saya selepas ini mencerminkan pendirian generasi muda Melayu Malaysia kerana barangkali mereka berasa malu dan akan menolak pendapat saya namun hal itu tidak membimbangkan saya kerana kebebasan bersuara, berfikir dan berpendirian sudah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan Datuk dalam menyanggah komentar-komentar yang diberikan oleh pihak tertentu terutamanya berkaitan "hak istimewa" orang Melayu.

Namun begitu, apabila Datuk bukan sahaja bersuara mengkritik mereka tetapi menghentam YAB Perdana Menteri akan gagasan 1 Malaysia beliau, sedikit hati saya terguris. Terguris bukan kerana faktor pembodek jauh sekali hubungan keluarga dengan YAB PM akan tetapi hentaman yang dikeluarkan oleh Datuk telah membawa saya untuk bersuara mengenai beberapa perkara:

Pertama, apabila Datuk mencabar YAB PM untuk membentangkan usul menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di Parlimen sekiranya beliau benar-benar mahu mewujudkan gagasan 1 Malaysia memberi refleksi kepada saya akan dua hal: pertama pertubuhan Datuk tidak mengenal bulu dan akan membidas siapa sahaja baik kerajaan ataupun pembangkang yang mempersoalkan "hak istimewa" dan "ketuanan" Melayu.

Kedua, ia dilakukan supaya stigma pertubuhan Datuk dan parti pimpinan YAB PM adalah ibarat dua muka syiling yang tak terpisah adalah dakwaan kosong semata-mata. Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik kerana apabila bercakap dari kacamata politik maka ia tidak bertunjangkan apa-apa, jauh sekali bersendikan asas-asas yang munasabah.

Ia cuma ada dua: Benar atau tipu.

Saya lebih suka membincangkan hal ini dari sudut undang-undang; meskipun saya tidak mempunyai lesen untuk membela dan mendakwa orang buat masa kini tetapi dengan ilmu perlembagaan yang saya pelajari daripada salah seorang tokoh perlembagaan terkenal di negara ini, eloklah kiranya saya membincangkan hal ini mengikut versi Persekutuan Perlembagaan itu sendiri.

Terdapat sebuah perkara dipanggil perkara 159 yakni proses pemindaan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana di klausa 5 jelas tertulis "A law making an amendment to clause 4 of Article 10, any law passed thereunder the provisions of Part III, Article 38,63(4),70,71,72(4), 152 or 153 or to this clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers."

Inilah perkara yang sering dilupakan oleh kebanyakan ahli politik apabila berbicara soal perkara 153. Sesungguhnya perkara 159 ini harus dibaca bersama dengan perkara 153 juga perkara-perkara yang termaktub dalam perkara 159 itu sendiri.

Pindaan yang digesa Datuk tidak lain hanyalah satu tindakan yang merosakkan imej YAB PM jika beliau menyahut cabaran tersebut. Bahkan Datuk tidak pernah menyebut langsung akan kewujudan perkara ini atau mungkin ia ditapis oleh media yang menjadi bacaan saya sehari-hari.

Usul pindaan perkara 153 boleh sahaja dilakukan di Parlimen tetapi kesan yang akan menimpa YAB PM sangatlah dahsyat dan merosakkan imej beliau di mata dan hati kaum Melayu. Adalah tidak mungkin, 9 orang Sultan Melayu yang membentuk Majlis Raja-Raja akan bersetuju perkara 153 dipinda kerana ia memberi kesan kepada orang Melayu termasuk mereka sendiri.

Nah, marilah saya mendiskusikan isu yang membentuk hati dan dasar warkah ini ditulis. Antara peruntukan 30 peratus dalam sektor ekonomi dan kaitannya dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Sering kali Datuk momokkan kami dengan ancaman bahawa penghapusan 30 peratus yang disediakan dalam Dasar Ekonomi Baru adalah "haram" dan bertentangan dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Soalan saya: Benarkah begitu? Sekali lagi: Benarkah begitu?

Mari kita telusuri perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan ia mempunyai 10 klausa eloklah saya ambil mana yang penting sahaja tetapi ini bukanlah bertujuan untuk menyorokkan fakta "30 peratus dalam sektor ekonomi harus diberikan kepada kaum Bumiputera" kerana tidaklah dapat Datuk, saya mahupun rakyat Malaysia yang lainnya mencari angka 30 peratus itu dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Baik, marilah saya keluarkan 4 klausa yang menarik untuk dibincangkan bersama:

Article 153

1) It shall be the responsibility of the Yang Di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

(2) Notwithstanding anything in this Constitution but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang Di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the states of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities and when any permit or licence for the operation of any trade or business...

(6) Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang Di-Pertuan Agong may exercise his function under that law in such manner or give such directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits and licences for Malays and native of any of the state of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable...

(8A)... the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places it shall be lawful for the Yang Di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any states of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable....

No comments

Powered by Blogger.