Ucapan TG Nik Aziz Peramian Kilang Air
Bismilla’hirrahma’nirrahim, assalamualaikum w.b.t
وانزلنا من السماء ماء بقدر فاسكنه فى الارض وانا على ذهاب به لقدرون, فانشانالكم به جنات من نخيل واعناب لكم فيها فواكه كثيرة ومنها تاكلون –المؤمنون -19-18)“
Dan Kami (Allah) turunkan air dari langit dengan sukatan ketentuan, maka Kami jadikannya tetap di bumi (sama ada di permukaan seperti sungai dan tasik atau di sebagai air bawah tanah dan di rekahan batu), dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun daripada pokok tamar dan anggur, di dalamnya kamu memperolehi buah-buahan yang banyak, dan sebahagian daripada buah-buahan itu kamu makan”
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin Nya, di dalam bulan Ramadhan, bulan yang suci ini, kita hari ini bersedia melangkah ke hadapan dalam pembangunan ekonomi di negeri Kelantan dengan upacara perasmian pecah tanah pembinaan kilang air mineral tabi’ie di atas tapak yang terpilih ini. الحمداللهkita berada di tempat istimewa, pada hari yang istimewa, yakni hari-akhir 10 terakhir Ramadhan, dalam Bulan yang istimewa pula. Semoga kesemua keistimewaan ini akan membawa keberkatan yang banyak, antaranya memberkati air yang akan dihasilkan di sini sebagai air mineral yang istimewa, pengurusan dan pentadbirannya juga akan mendapat limpahan keberkatan. Memanglah keistimewaan masa dan keistimewaan sesuatu tempat itu diakui di dalam ajaran agama kita.
Allah menyebut yang Dia menurunkan al-Quran dari sisi-Nya, Allah juga menyebut yang Dia menurunkan air dari langit, sebagai rahmat, pembawaan kehidupan dan unsur pembersih. Allah juga menyebut yang Dia menurunkan besi yang mempunyai kegunaan dan kekuatan untuk kegunaan manusia. Perkataan yang Allah gunakan adalah نزل , Inilah antara lain menunjukkan mustahaknya ketiga-tiga perkara ini; al-Quran sebagai Kitab Petunjuk, kita akan sesat sekiranya tidak berpandukan al-Quran. Air sebagai sumber kehidupan, tiada kehidupan tanpa adanya air. Dan besi sebagai bahan asas kegunaan manusia dalam pembangunan dan persenjataan.
Apabila Allah menyebut yang Dia menjadikan segala kehidupan dari air, (وجعلنا من الماء كل شئ حي أفلايؤمنون ) (Al-Anbiya’:30)Dulunya kita bayangkan kaitannya dengan kehidupan di bumi ini semata-mata. Dua tiga tahun yang lepas, kita dimaklumkan bahawa saintis angkasa mengasaskan dalam kajian mereka tentang kemungkinan pernah wujud atau tidaknya kehidupan di planet marikh dan di bulan berdasarkan adakah terdapat kesan-kesan kewujudan air di kedua-dua objek langit ini. Kita juga mengetahui yang 7/10 daripada permukaan bumi ini adalah air, sel-sel tubuh kita juga dalam bentuk cecair bahkan tubuh kita sendiripun 7/10 beratnya adalah kandungan air. Benarlah firman Allah:
سنريهم أيتنا في الأفاق وفى أنفسهم حتى يتبين أنه الحق اولم يكف بربك انه على كل شئ شهيد (Al-Fussilat:53)
Kerajaan Negeri Kelantan meletak harapan yang tinggi kepada Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUM) dan rakan kongsinya Tabb Global Sdn. Bhd. agar dapat menguruskan punca air ini dengan cara yang terbaik. Uruslah punca air ini dengan cara yang paling optima بالقصد , paling optima kepada resource (bahan air) ini, paling optima kepada ekonomi syarikat dan negeri, paling optima dalam memberikan peluang kepada rakyat tempatan untuk terlibat, dan paling optima kepada kesan alam sekitar. Ringkasnya uruslah ia dengan penuh hemah dan beradab.
Kedudukan tapak kilang di kawasan hutan semulajadi pada aras yang agak tinggi, berdekatan pula dengan kolam air panas yang juga mempunyai khasiat untuk kesihatan menjadikan kawasan ini begitu strategik. Lokasi sebegini boleh difikirkan potensi yang boleh dimanfaatkan di samping kilang air mineral semulajadi iaitu mewujudkan kawasan sekitar sebagai kawasan tarikan pelancongan memandangkan kedudukannya adalah agak unik iaitu di atas bukit.
Sukalah saya mengambil kesempatan dalam Bulan Ramadan ini, Bulan yang diturunkan al-Quran dan juga bersempena dengan majlis pecah tanah kilang memproses air mineral untuk memperingatkan kita tentang beberapa ayat Allah yang berkaitan dengan kandungan mineral di dalam air.1-Air hujan (semata-mata air tanpa garam galian):
وهو الذى أرسل الرياح بين يدي رحمة وأنزلنا من السماء ماء طهورا(Al-Furqan: 48)
طهورا bermaksud air yang bersih, suci : sememangnya air hujan adalah air yang paling bersih dan paling suci, kecuali selepas ruang angkasa kita dikotori oleh pencemaran udara. Ianya adalah air semata-mata. Ianya tidak mempunyai apa-apa kandungan mineral. Kerana itu ianya mempunyai keupayaan untuk membersih dan menyerap bahan (elemen) lain secara yang efisien. Jika diminum ianya boleh berfungsi sebagai pembersih kepada sebahagian sistem dalaman tubuh kita.
2-Air Minuman yang bermineral. Allah menyebut:وأسقينا كم ماء فراتا(Al-Mursalat: 27)
فراتا bermaksud air yang mempunyai rasa lazat dan manis . Sifat air yang terasa manis dan lazat ini hasil daripada kandungan garam galian yang larut di dalam air tersebut. Allah menyebutnya sebagai air minuman. Sudah tentu air sebegini ada manfaatnya kepada kesihatan manusia. Apa lagi sebaik-baik air di atas muka bumi ini adalah air zam-zam. Air zam-zam adalah air mineral yang kandungan garam galiannya, umpama sodium, kalsium, nitrat dan lain-lainnya wujud dengan kadar munasabah yang tinggi.
3-Air Laut yang kandungan garam galiannya terlalu tinggi. Tidak sesuai untuk diminum.
Allah menyebut:وما يستوى البحران هذا عذب فرهت وهذا ملح أجاج (Al-Fathir: 12)
ملح أجاج biasanya ditafsirkan sebagai masin-pahit, atau bergaram yang terlalu masin. Lihat bagaimana Allah menyebut ‘ملح’ yakni sifat bergaram sahaja; sudah tentu air minuman bermineral juga mempunyai kandungan garam, lalu Allah menyebut selepas ملح dengan penambahan perkataan أجاج bagi menjelaskan kandungan garam yang terlampau tinggi sehingga tidak sesuai bahkan bermudarat untuk diminum.
Pembahagian air dalam hubungannya dengan kandungan mineral serta kaitannya sebagai bahan minuman sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran ini adalah suatu petunjuk yang menunjukkan isi al-Quran sebenar-benarnya datang dari Allah, Tuhan yang menjadikan segala sesuatu termasuklah air dan garam mineral itu sendiri. Bagaimana mungkin seorang manusia, walau sebijak manapun, yang hidup dalam persekitaran padang pasir pada 1400 tahun yang lalu dapat menceritakan tentang kelas-kelas air sebegini sekali, sekiranya berita itu tidak diturunkan daripada Allah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Dia-lah, Allah yang Maha Mengetahui tentang apa yang mendatangkan manfaat dan mudarat kepada manusia.
Saya berani bertegas yang tidak ada, tidak pernah ada dan belum ada suatu tamadun ataupun peradaban yang membincangkan persoalan tentang air terperinci yang dibincangkan di dalam Islam. Air disebut sebagai sumber kehidupan, air disebut sebagai rahmat, air disebut sebagai penumbuh tumbuh-tumbuhan, air disebut sebagai perantaraan bala’ Allah, air disebut sebagai medium pembersih dan lain-lain. Bahkan air disebut sebagai elemen keindahan dan kelazatan di dalam syurga, sesuatu yang kita sentiasa doa-doakan.
Sekiranya kita menadah kitab feqah dalam rubu ibadah, antara yang mula-mula kita temui adalah باب الطهارة . Di dalam bab ini air dibahagi jenis-jenisnya yang berbeza. Ada air mutlak, ada air mustamal, ada air mutanajjis dan ada air musyammas. Serta disebutkan ciri-ciri khusus air dari jenis yang berbeza ini dan kegunaan masing-masing.
Ini semua menunjukkan yang kita umat Islam, yang sepatutnya paling mengambil berat tentang pengurusan air, paling memperduli tentang kesucian dan kebersihan air baik ianya air sungai, air mata air, air laut, bahkan air buangan. Semoga usaha yang telah diambil oleh KUM dan rakan-rakan perniagaannya merupakan usaha awal yang akan membawa ummah ini untuk kembali semula kepada peranannya sebagai امة وسطة yang menjadi standard ikutan شهدأ على الناس bagi manusia lainnya khususnya di dalam bidang ini. Biarpun usaha ini mungkin diumpamakan dalam rangkap hikmah warisan cina ”perjalanan seribu batu itu bermula dengan selangkah awal yang sederhana”
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar semua pihak, samaada agensi ataupun perseorangan di semua peringkat agar dapat memberi kerjasama untuk menjayakan gagasan dan usaha yang baik ini. Semoga Allah menganjari usaha-usaha kita dalam membangunkan potensi negeri kita sebagai amal soleh yang diredhai-Nya, serta kita dianugerahi hidayah oleh Allah untuk melakukan segala tindakan berdasarkan ajaran agama-Nya.
Setakat ini sahaja ucapan saya pada pagi ini dan bagi menyudahinya saya dengan lafaz “Bismillah Hirahma Nirahhim” merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kilang air mineral semulajadi Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. di Kg. Batu Melintang, Mukim Belimbing, Jeli pada pagi ini. Dengan itu, saya sudahi dengan akhir kata Wabillah Hitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

No comments
Post a Comment