Fitnah 2 : Hakim Arah Anwar Bela Diri

Kuala Lumpur 16 Mei – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memerintahkan tertuduh dalam Fitnah 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam keputusan yang dibacakan di sini pagi ini.

Sebelum itu Zabidin mengambil masa lebih dua jam untuk membacakan penghakiman kes fitnah 2 tersebut.

Zabidin memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti “prima facie” dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri.

Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang “berwibawa”.

Dalam keterangannya Saiful antara lain mengaku beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah “dipaksa” oleh Anwar melakukan jenayah itu.

Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau percaya Anwar tidak bersalah dan kes itu perlu digugurkan dari awal lagi.

“Jelas (pendakwa raya) tiada kes sejak dari awal lagi,” kata Sankara.

Pasukan guaman Anwar menegaskan Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya – menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

No comments

Powered by Blogger.