Harga RON95, barang lebih serius jika BN menang pilihan raya- AMK
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat harga minyak RON95 dan barangan keperluan lain akan bertambah serius sekiranya BN memenangi pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon (gambar), langkah kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan tersebut merupakan taktik bagi menghadapi pilihan raya.
Katanya, kerajaan sedar sekiranya mereka menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair LPG akan menyebabkan rakyat menolak Umno-BN, sekaligus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.
“Dengan kata lain, jika UMNO/BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.
“Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO/BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13,” katanya lagi.
Katanya, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan pilihanraya umum, namun kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.
AMK dalam pada itu turut merasa kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat.
“Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP). Polisi kerajaan adalah bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.
Menurutnya lagi, tindakan kerajaan mengabaikan kepentingan rakyat telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.
“Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO/BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.
“Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,’ ujarnya.

No comments
Post a Comment