Kesian Dengan Pemuda Umno Kelantan. Kecut 'Telur' Dah Dengan Pemuda Pas Kelantan!

Himpunan Munajat Anak Muda : Kenyataan Pemuda UMNO Kelantan Dibidas


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) terpanggil untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian pada hari ini, 23 Mei 2011 di dalam akhbar Utusan Malaysia, halaman 10. Di dalam kenyataan tersebut, Anuar menyifatkan Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana sebagai tidak menggambarkan sokongan sebenar golongan muda terhadap PAS. Anuar berhujah bahawa kebanyakan yang hadir ialah pelajar-pelajar sekolah agama yang diperalatkan oleh PAS untuk meramaikan majlis tersebut.

2. DPPNK ingin membuat penjelasan bahawa pelajar-pelajar sekolah yang hadir di Padang Perdana pada 20 Mei 2011 yang lepas ialah kerana menghadiri majlis rasmi kerajaan negeri yang dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Program tersebut Munajat Anak Muda yang antara lain mengandungi pengisian 100 kali Khatam Al-Quran dan Solat Hajat. Program tersebut berlangsung di antara Maghrib dan Isya’. Perlu diingatkan bahawa Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan bermula pad jam 3.00 petang dan berakhir dengan solat maghrib.

3. Tidak timbul pelajar-pelajar sekolah diperalatkan kerana mereka benar-benar datang atas kapasiti sebagai pelajar sekolah yang bertujuan untuk mengkhatamkan al-Quran. Jika DPPNK benar-benar mahu memperalatkan mereka, pelajar-pelajar tidak akan memakai pakaian seragam sekolah tetapi akan memakai baju hijau yang menjadi tema Himpunan 10 Ribu Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kelantan.

4. Justeru, mereka datang benar-benar atas kapasiti pelajar sekolah dan program tersebut tamat dengan solat Isyak berjemaah. Majlis ceramah umum yang berlangsung selepas solat Isyak tidak ada lagi kaitan dengan Munajat Anak Muda yang diadakan sebelumnya.

5. Hakikatnya, Pemuda UMNO Kelantan ingin menutup kelemahan mereka yang gagal menarik kehadiran yang ramai di dalam tunjuk perasaan haram yang dianjurkan oleh mereka pada pagi 16 Mei lepas di hadapan Kota Darulnaim. Kononnya 1500 orang akan hadir tetapi yang berarak di hadapan Kota Darulnaim hanyalah sekitar 200 orang.

6. Pemuda UMNO Kelantan seharusnya menyahut cabaran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan untuk berdebat secara terbuka di dalam isu Ladang Rakyat yang diperjuangkan mereka. Hari ini, Pemuda UMNO Kelantan hanya dilihat berani berarak secara haram menyerahkan memorandum tetapi takut untuk berdepan dan berhujah dengan berfakta dalam isu Ladang Rakyat.

7. Justeru, DPPNK melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda UMNO Kelantan tersebut tidak lain hanyalah untuk menutup kelemahan mereka untuk menarik sokongan anak muda terhadap agenda politik murahan mereka.

Sekian, wassalam.

YB ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 23 Mei 2011 / 19 Jamadil Akhir 1432

Kerabu: pemuda umno nak dapat 300 orang pun susah. kalau tak paksa dan bagi duit upahh, 15 orang boleh la kumpul. tu pun sekali dengan ketua pemuda umno kelantan hahahaha..

1 comment

Zul fattah said...

salam.. pernah baca tak blog ni?
http://politikislamsebenar.blogspot.com/ ...cuba bahas blog ni...

Powered by Blogger.