Tragedi Tanah Runtuh :MB Selangor Pendek Lawatan Ke Amerika

SHAH ALAM 22 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dalam perjalanan kembali ke tanah air selepas memendekkan lawatan beliau ke Amerika Syarikat susulan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan nyawa 16 anak yatim termasuk seorang dewasa.

Dalam twitternya Abdul Khalid berkata beliau akan terus melawat segera ke tempat kejadian sebaik sahaja tiba di tanahair.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, berkata Abdul Khalid kini sudah dalam penerbangan.

” Beliau kini dalam perjalanan balik,”jawabnya ringkas.

Ujar beliau, urusan perjalanan pulang Khalid diuruskan oleh Tourism Selangor dan memberitahu tidak mempunyai maklumat lengkap setakat ini bila Khalid akan tiba di Malaysia.

Sebalik sahaja dimaklumkan tentang tragedi itu, Khalid telah mengumumkan peruntukan RM50 ribu yang disampaikan melalui Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail untuk membantu usaha mencari dan menyelamat serta pengkebumian jenazah mangsa.

Abdul Khalid juga turut mengarahkan agensi keselamatan di Selangor seperti Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) untuk turut serta membantu dalam misi menyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

No comments

Powered by Blogger.