PAS dan video seks Anwar Ibrahim — Nik Adha Nik Kamil
Perjuangan PAS sebagai sebuah “hizbullah” adalah berlandaskan hukum-hukum Allah swt. Sayugia, PAS menentang segala bentuk fitnah dan zina.
Pendedahan video seks Anwar Ibrahim boleh ditakrifkan sebagai fitnah zina. Jika video itu palsu, sebuah fitnah telah direkacipta untuk menganiayai Anwar Ibrahim. Jika video itu benar, Anwar Ibrahim telah melakukan zina. Hitam atau putih, tiada ruang untuk kelabu.
Isu video seks ini meletakkan PAS di persimpangan jalan. Isu ini sudah semestinya menguji keikhlasan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan syariat Islam. Setakat ini pendirian pucuk pimpinan PAS masih kabur dan samar mengenai isu ini. Pada waktu sama tiada juga tindakan pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan kesahihan video tersebut.
PAS sepatutnya atas inisiatif sendiri merujuk kepada pakar-pakar video untuk menentukan kesahihan video tersebut yang kini telah tersebar meluas. Begitu juga teknologi canggih seperti pengecaman-muka perlu digunakan untuk mengenalpasti pelaku dalam video itu.
Segala usaha-usaha ini bebas dari apa-apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain. Ianya semata-mata untuk membantu pemimpin-pemimpin PAS membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sambil memohon kepada Allah swt untuk memberi petunjuk, segala kepakaran yang sedia ada perlu digunakan untuk memberi penentuan. Berserah kepada Allah swt tetapi unta masih perlu ditambat juga.
Sebaliknya, apa yang dilihat umum ialah pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Mursyidul Am yakin Anwar tidak melakukan zina. Nik Aziz membuat kenyataan tanpa menonton video tersebut. Setiausaha Agung menyeru supaya menunggu keputusan siasatan polis. Mustapha Ali pula membuat kenyataan setelah dikatakan menonton video tersebut.
Pasukan polis yang menjadi rujukan Mustapha Ali adalah pasukan polis yang dilabel oleh PAS sebagai tidak adil dan tidak bebas.
Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS bersikap seolah-olah isu ini tidak wujud. Calon Timbalan Presiden, Mat Sabu pada satu siding media telah menyatakan tidak akan melayan soalan-soalan mengenai video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Halim Rahman pula menyatakan bahawa muktamar PAS 2011 tidak akan membincang isu video seks. Ada pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjadi burung unta yang lebih selesa menimbus kepala dalam pasir.
Sama ada mendapat restu atau tidak dari pucuk pimpinan PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat biasa tetap akan membincang isu video seks.
Implikasi isu ini amat getir bukan hanya kepada keutuhan PAS sebagai sebuah “hizbullah” tetapi rakyat Malaysia turut, khususnya orang Melayu, akan berpecah belah.
Yang membuat akar umbi PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat amat gusar, lebih dari kandungan video tersebut, ialah tindak-tanduk Anwar setelah pendedahan dibuat. Banyak persoalan yang timbul:
- Mengapa Anwar tidak mengumumkan identiti alibi-alibi beliau?
- Mengapa penjelasan Anwar tentang ketidakhadirannya dalam ruang “Twitter” pada masa video dirakam amat mengelirukan?
- Mengapa tidak ditunjukkan kepada umum jam Omega, jam yang dikatakan oleh Anwar dan Wan Azizah masih disimpan oleh Wan Azizah?
- Mengapa tidak membuat sumpah laknat?
- Mengapa tidak membuat ujian “polygraph”?
- Mengapa tidak merujuk kepada pakar-pakar yang profesional dan bebas tentang kesahihan video tersebut?
- Mengapa Anwar tidak menyaman malu individu-individu yang membuat pendedahan?
- Mengapa Anwar gagal untuk mengesahkan persahabatan beliau dengan Eskay Abdullah?
Tindak-tanduk Anwar tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak menangani sebarang krisis.
Jika sah video tersebut palsu, PAS wajib mengembelingkan segala tenaga untuk menghukum pihak pemfitnah. Dataran Merdeka akan bertukar menjadi Dataran Tahrir. Tidak cukup bumi untuk pemfitnah melarikan diri. PAS
secara “default” akan menjadi pemimpin kepada sebuah gerakan massa yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Jika sah video tersebut benar, PAS wajib menyisihkan seorang penzina. PAS akan dianggap sebagai satu parti politik yang berprinsip kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik demi menegakkan hukum Allah swt. Sekaligus membuat parti-parti politik yang mengamalkan resam “matlamat menghalalkan cara” kelihatan kerdil bagai melukut di tepi gantang.
Isu video seks Anwar Ibrahim bukanlah satu musibah tetapi satu rahmat kepada PAS. Inilah peluang keemasan untuk PAS membuktikan ia benar-benar sebuah “hizbullah’. PAS sebenarnya kini berada dalam keadaan “menang-menang”.
* Nik Adha Nik Kamil adalah pembaca The Malaysian Insider.

No comments
Post a Comment