Melayu jangan terpedaya dengan DAP - Muhyiddin
MUAR 24 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis.
Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik,” katanya kepada pemberita hari ini. - Bernama

No comments
Post a Comment