PAS hanya berjuang tumbangkan Umno — Jamhariah Jaafar
Pemimpin tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) bukan saja menolak pelawaan Umno untuk menyertai Barisan Nasional (BN) bagi penyatuan agama, bangsa dan negara, malah secara rasmi menghalalkan kerjasama dengan DAP atas nama tahalul siyasi (kerjasama politik) yang didakwa dibenarkan Islam dan tidak menggadaikan prinsipnya untuk mewujudkan negara Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.
Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara Umno dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.
Ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan Umno, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.
Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, meminta PAS menarik diri daripada kerjasama dengan DAP yang langsung tidak menghormati perjuangan menegakkan keagungan Islam, apa lagi untuk membenarkan PAS menubuhkan negara Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP. Ini merugikan kita (umat Islam), jangan sebut mengenai perjuangkan Islam, tinggalkan DAP.
“Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang,” kata Najib di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Sebenarnya bukan saja Najib berasa bimbang terhadap sikap biadap DAP ke atas Islam, tapi kebimbangan turut menular di hati pejuang Islam lain apabila pimpinan parti itu terang-terangan menentang usaha penubuhan negara Islam, apa lagi selepas melihat cara ia mengurus orang Melayu di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang.
Tindakan DAP membakar semangat bangsa Cina supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, turut menjadi bukti hala tuju parti itu dalam usaha mereka menawan Putrajaya.
Pemimpin DAP juga tidak segan-segan untuk menjilat ludah mereka dalam usaha mencapai apa yang mereka idamkan.
Karpal antara paling lantang mengkritik PAS suatu masa dulu kerana mahu mewujudkan negara Islam dan kenyataannya — “langkah mayat aku dulu” — sudah pasti tidak akan dilupakan setiap umat Islam negara ini.
Karpal juga antara pemimpin DAP yang pernah mendedahkan kegiatan tidak senonoh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 1997, tapi kini dia pula menjadi peguam bela bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang turut pernah dimaki kerana berbohong mengenai usaha menawan Putrajaya pada 16 September, 2008.
Ini adalah hakikat mengenai pemimpin DAP bernama Karpal Singh yang tidak boleh diubah sesiapa pun. Dia adalah musuh perjuangan Islam paling utama.
Justeru, tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.
Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.
“Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru, tidak salah jika ahli PAS menerima nasihat Perdana Menteri supaya menilai semula kerjasama dengan DAP.
Seperti kata Najib, PAS tidak perlu menyertai Umno sebalik sudah cukup baik jika boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai perjuangan agama, bangsa dan negara.
Hadi menyifatkan nasihat Najib itu sebagai janggal dan aneh kerana baginya PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN yang didakwa melakukan kezaliman.
“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama dengan pembangkang (DAP dan PKR) dibina dengan berpegang kepada dasar saling membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya.
Kita mahu tahu di mana Umno dan BN tidak adil dan zalim? Adakah semua ahli PAS tidak mampu mencari rezeki yang halal di negara ini, adakah mereka tidak dibenarkan berjuang untuk parti, adakah masjid ditutup untuk mereka, adakah suara dan kritikan pemimpin mereka disekat daripada disebarkan?
Sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi “pak angguk” kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi “pak angguk” untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka. — Berita Harian

No comments
Post a Comment