Menteri Besar Minta Nasihat DYMM Sultan Selangor Dalam Penyelesaian Isu Serbuan Gereja
Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS yang juga akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor.
"Sebaik menerima laporan JAIS saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Menteri Besar
Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.
"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut.
"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi.
Beliau juga menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
kerabu bersuara: jika benar apa yang dinyatakan memang terjadi, kami meminta pihak kerajaan selangor mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba menggugat agama islam yang suci ini. sila ambil tindakan tegas! jangan cepat menghukum yb hassan ali.
No comments
Post a Comment